Malaysia telah mencuri tumpuan dunia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
ASEAN 2025: Malaysia Memimpin, Dunia Menyaksikan
Dengan pendekatan yang menekankan persetujuan bersama, komunikasi terbuka dan solidariti, kepimpinan beliau berjaya mengurus ketegangan, mencegah konflik, dan memperkukuh kemakmuran serantau, menjadikan ASEAN dengan populasi 660 juta penduduk sebagai antara pasaran paling dinamik di dunia.
Kejayaan ini turut diperkukuh melalui langkah ekonomi utama seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang menjadi tonggak penting dalam pembangunan ekonomi serantau.
Dokumentari Khas: Menyelami Kejayaan Malaysia
via RTMUntuk menyorot pencapaian negara, RTM bakal menayangkan dokumentari khas bertajuk “ASEAN 2025: Malaysia Menerajui Naratif Serantau” pada 25 Oktober, Sabtu, pukul 4.30 petang di TV1 dan platform RTMKlik.
Dokumentari ini menampilkan kupasan mendalam oleh YB Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Jurucakap Kerajaan Madani dan Menteri Komunikasi, bersama pandangan beberapa pakar terkenal termasuk Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Profesor Dr. Azmi Hassan, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin dan Dr. Nur Surayya Mohd Saudi.
Penonton akan dibawa menelusuri bagaimana Malaysia berjaya mempengerusikan ASEAN dengan strategi diplomatik yang berkesan, inovasi ekonomi dan kerjasama teknologi, sekaligus memaparkan peranan Malaysia dalam memajukan agenda serantau secara menyeluruh.
Malaysia di Panggung Antarabangsa
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di bawah pimpinan Malaysia juga berjaya menghimpunkan pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, serta pemimpin dari China, Jepun dan negara anggota ASEAN lain.
Dokumentari ini menekankan bagaimana Malaysia mempamerkan kepimpinan yang inklusif, menjalin hubungan kukuh antara negara dan membina platform strategik bagi memperkukuh kestabilan dan kemakmuran serantau.
Dengan naratif yang mudah difahami, dokumentari ini bukan sekadar mencatat sejarah, tetapi juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memahami peranan negara di pentas dunia.
Penonton digalakkan menonton siaran ini di TV1 atau menerusi RTMKlik untuk merasai sendiri kisah kejayaan Malaysia menerajui ASEAN 2025, di mana diplomasi, ekonomi, sosial dan teknologi berpadu untuk membentuk naratif serantau yang kukuh dan berpengaruh.

1 month ago
46



![[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, – “Khilaf Saya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-18-at-1.10.32-PM.png)

![[VIDEO] Nabila Huda Didiagnos Slip Disc-“Penutup 2025 Dia Kasi Baik Punya..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7d5cf99b-0fa5-4212-9663-8db151e7e4db.jpg)


![[VIDEO] Umie Aida Ziarah Anak Fitri Haris Hidap Pneumonia-“Keadaan Adwa Sudah Semakin Baik..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/296c84f7-b948-480b-8cd8-bee8b42e964d.jpg)


![[VIDEO] “Of Course Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya”- Hariz Hamdan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1-10.jpg)






![[VIDEO] Leona Curi Tumpuan Di Pasar Malam Kota Kinabalu, Aksi Spontan Undang Tawa Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-6.png)












![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)




![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)