Dayang Nurfaizah Mahu Sokong Jenama Pereka Tempatan, Dipilih Sebagai Duta Rasmi Amber

6 hours ago 5

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui Amber Ekslusif Wear Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd sesuai dengan gayanya yang ‘simple’ membuatkannya terus menyatakan ‘Ya’ untuk menjadi Duta Rasmi kepada jenama tempatan ini yang mempersembahkan koleksi premium terbaharu mereka, Somewhere Somehow Someone yang turut menampilkan Hael Husaini sebagai Duta Rasmi.

Mahu Menyokong Jenama Pereka Tempatan

Dayang ketika ditemui Murai MY, menyatakan bahawa dia turut mahu menyokong jenama pereka tempatan yang mempunyai potensi yang besar selain bersesuaian dengan gayanya yang praktikal.

“Ini adalah sesuatu yang baru dan fresh, dan saya tak pernah terfikir akan buat.

Bila mereka approach, saya fikir banyak kali juga. Tapi bila saya tengok rekaan mereka terus macam..eh, kena dengan style saya.

Mereka kata ini cuma casual wear, bukan stage outfit. Saya memang suka yang simple dan praktikal. Sebab tu saya bersetuju tawaran untuk menjadi duta.

Saya juga mahu menyokong jenama pereka tempatan yang saya rasa ada potensi.”-kata Dayang Nurfaizah kepada Murai MY

Hael & Dayang Pilihan Yang Tepat Sebagai Duta Rasmi

Menurut Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, pemilihan Hael dan Dayang adalah tepat kerana kedua-duanya melambangkan keperibadian serta imej yang seiring dengan DNA Amber.

“Hael dan Dayang adalah cerminan sempurna kepada DNA Amber iaitu penuh gaya, berkarisma, dan memiliki pengaruh besar dalam membentuk aspirasi fesyen.

Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah lambang kejayaan dan personaliti unggul yang seiring dengan visi kami untuk menjadikan Amber sinonim dengan fesyen kasual premium di Malaysia,” ujar Datuk Adzliana

Koleksi Somewhere Somehow Someone tampil dengan rangkaian rekaan eksklusif yang dipilih rapi bagi memenuhi gaya hidup sofistikated, antaranya:

  •  Zip Up Scuba Collar Sweater
  • A-Line Scuba Skirt
  •  Short Sleeve Polo Shirt
  • Cascade Short Jacket
  • Knit Cardigan
  • Side Pleated Skirt
  •  Easy Trench Coat

Koleksi ini akan mula dipasarkan secara terhad di butik Amber di Wangsa Walk Mall serta butik flagship yang terletak di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Selain itu, koleksi Amber boleh didapati secara online di www.amberofficials.com.my atau media sosial Amber Officials.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |