Mencetuskan kebimbangan ramai, penyanyi Didi Astillah dikejarkan ke hospital kerana cedera di bahagian kepala akibat terjatuh daripada tangga.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram ibunya, Eina Astillah mendedahkan bahawa penyanyi itu sedang mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital.
Foto – @einaastillah (IG)“Semoga baik-baik sahaja”
Dalam beberapa video dan gambar, jelas kelihatan dahi bahagian kanan Didi berlumuran darah. Susulan perkongsian ibunya, beberapa warganet di platform Threads turut memuat naik semula hantaran tersebut.
Foto – @einaastillah (IG)“Didi Astillah kemalangan jatuh tangga malam tadi. Semoga @didiangelastillah cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Insya Allah”, tulis @maszmassz.
Manakala di ruangan komen pula, ramai pengguna Threads turut mendoakan kesihatan Didi. MURAI turut mendoakan agar Didi kembali sihat dan sembuh seperti sedia kala!

1 month ago
67

![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)































![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)













