Tak habis-habis dengan kontroversi. Kali ini pempengaruh Jofliam atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, menjadi perhatian ramai apabila menjual piza dengan menggunakan bungkusan kotak piza yang mengandungi hasil seni anak-anaknya iaitu Han dan Yuki.
Di platform Threads, seorang pembeli meluahkan rasa kecewanya apabila piza yang dibelinya daripada Jofliam itu hanya indah khabar dari rupa sahaja. Menurut pembeli tersebut, kualiti piza yang dibelinya itu tidak menepati standard seperti yang digembar-gemburkan oleh Jofliam.
Foto – Threads / Instagram“Saya lah pelanggan malang yang dapat kotak lukisan art berat tu. Beli sebab fomo je nak rasa doh dia. Tapi hmm, macam makan roti naan dekat mamak.
Rasa dan tekstur teruk macam makan roti naan lembik. Tapi saiz besar dan daging banyak, 8/100. Pasta creamy tawar rasa bersusu gitu je, 30/100. Coklat ais kaya dengan rasa, 60/100.”
Difahamkan, lukisan kotak piza tersebut dilukis secara spontan oleh Han. Manakala Yuki pula melukis di atas kota piza yang bernilai RM10.
Foto – @jofliam (IG)Threads pembeli tersebut yang kini sudah dipadamkan, telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial. Di hantaran Threads yang baru, ramai yang mengecam tindakan Jofliam menjual piza menggunakan kotak yang dilukis dengan pen penanda.
“Sebab tu kita bila nak beli makanan kena pastikan beli dengan manusia yang berakal, beragama dan tahu amalan kebersihan asas. Samtot terdekas nak tarik pembeli bodoh beli piza kotor dia sampai guna Han Yuki.
Kau paksa anak lukis-lukis atas kotak yang sepatutnya bersih tu pakai pen penanda? Tangan anak tu bersih ke? Conteng-conteng kotak makanan tu kat tempat bersih ke? Apa jaminan dalam kotak tak tercemar? Inilah masalah bila penyangak meniaga secara haram, tak patuh piawaian kebersihan standard. Jijik pengotor!”
Foto – @jofliam (IG)Pengguna platform Threads yang lain turut bersetuju dengan kenyataan pemilik akaun Threads itu apabila mereka mempersoalkan kebersihan piza yang disediakan oleh Jofliam.
“Weh dia bagi betul-betul. Aku dapat gini, memang aku mintak tukar. Biarlah kotak tu akan ke tong sampah jugak.”
“Cemana boleh benarkan ni. Tukar jelah kotak, takleh fikir lah. Dia ingat “comel” ke bagi anak conteng macam tu.”
“Biar betul Samtot ni. Kenapa la buat sesuatu benda tu tak fikir dulu. Ni soal kebersihan tau tak! Aku tengok kotak pun tak lalu dah nak makan.”
Apa pendapat kamu?

3 days ago
14


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


