Sebuah video yang kini tular di TikTok @editzzby_ah memaparkan sisi manis keluarga diraja apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dilihat bermain pickleball di Gelanggang The Palm Pickleball and Padel Club, Kuantan, Pahang pada hari Rabu bersama cucunda baginda.
Pickleball, yang mula diperkenalkan di Bainbridge Island, Washington pada 1965, ialah sukan raket yang menggabungkan elemen badminton, tenis dan ping pong. Ia dimainkan di gelanggang lebih kecil menggunakan raket kecil dan bola plastik berlubang, boleh dimainkan secara berseorangan atau berpasangan.
Sukan ini semakin popular kerana mudah dipelajari, menyeronokkan, sesuai untuk semua peringkat umur, dan boleh dimainkan bersama keluarga atau rakan, sambil membantu meningkatkan koordinasi, ketangkasan dan interaksi sosial.
Momen Manis Sultan Pahang Bersama Cucunda
@editzzby_ahTuanku & cucu²🥰, power lah Tuanku & Tengku Adam main 🤩 #daulattuanku #pahangroyalfamily #sultanpahang #royal #pahang cr; KesultananPahang, welcometofine, The Palm Kuantan &all credittoallowner
♬ Hall of Fame (feat. will.i.am) – The Script
Dalam rakaman tersebut, kelihatan Tuanku begitu sporting ketika melayan cucu baginda yang merupakan anak kepada di gelanggang kecil lengkap dengan raket mini.
Gelak tawa cucunda yang bersahaja, disertai dengan senyuman manis Tuanku setiap kali memukul bola, membuatkan suasana nampak hangat dan penuh kasih sayang.
Aksi spontan ini jelas menunjukkan hubungan akrab antara datuk dan cucu, yang jarang dilihat dalam kehidupan rasmi keluarga diraja.
Walaupun video ini belum mendapat tontonan yang banyak, beberapa netizen yang sempat menonton tidak melepaskan peluang meninggalkan komen penuh hormat.
Rata-rata memberi komen “Daulat Tuanku”, menzahirkan rasa kagum dan kasih terhadap Tuanku.

Momen singkat ini walaupun sederhana tetap berjaya menunjukkan sisi lain Sultan Pahang bukan sahaja sebagai seorang pemimpin, tetapi juga sebagai datuk yang penyayang dan rapat dengan keluarga.
Situasi spontan seperti itu membuat ramai berasa terhibur. Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik imej rasmi dan protokol istana, wujud sisi Tuanku yang lembut, mesra dan penuh kasih sayang.
Bagi yang menyaksikannya, detik tersebut bukan sekadar hiburan. Ia memberi peluang untuk melihat keakraban antara Tuanku dan cucunda baginda, sesuatu yang jarang dilihat oleh orang ramai.
Pada masa yang sama, momen ini turut memberi inspirasi tentang pentingnya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Walau sesibuk mana pun kehidupan seharian, detik-detik seperti ini menunjukkan bahawa kasih sayang dan perhatian terhadap ahli keluarga tetap perlu dijaga, sekali gus memberi mesej positif tentang nilai kekeluargaan dalam kehidupan moden.

14 hours ago
5

![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)


![[VIDEO] Batal Pesanan COD, Respons Pembeli Terhadap Betty Rahmad Buat Netizen Mengamuk](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-1.jpg)






![[VIDEO] Gelagat Anak Aiman Hakim Dapat Kejutan Undang Perhatian, Peminat- “Bukan Dia Takut Kucing Ke”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-at-12.07.11-PM.png)
![[VIDEO] Indah Ruhaila Tayang ‘Babybump’, Umum Hamil Cahaya Mata Sulung!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Indeed-Allah-is-the-best-planner-🌸-ALHAMDULILLAH-✨🥲-8yearsofmiracles-e1764643349197.jpg)

![[VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Flex’ Baju Konsep Menyapu, Peminat Terhibur- “Bersih Lantai, Senang Kerja Cleaner”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-01-at-7.52.13-PM-e1764590090816.png)
![[VIDEO] Detik Cemas Pelajar SPM Berenang Redah Banjir Jadi Tular- “Air Naik Tiba-Tiba”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-01-at-5.19.20-PM.png)
![[VIDEO] Bila Taco Bell Berkolaborasi Dengan Jenama Fesyen, Ini Jadinya…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-01-at-4.29.05-PM.png)















![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)









![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)
![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)

![[VIDEO] Tunku Azizah Beraksi Di Dapur Cetus Perhatian Rakyat-“Sedapnya Semua Menu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-6.jpg)
![[VIDEO] Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Detik Cemas Suami Dikejarkan Ke Hospital Di China](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Bonda-pernah-lalui-pengalaman-famili-sakit-dibeberapa-buah-negara-antaranya-Turki-indonesia-1-e1754389382296.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)
