Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) kini tampil dengan satu lagi kolaborasi menarik apabila Tourism Malaysia secara rasmi menamakan BuatSaja Media sebagai rakan strategiknya.
Pengumuman itu dibuat dalam satu program yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini. Menariknya, kerjasama ini bukan sekadar mempromosikan destinasi pelancongan, malah mahu membawa kisah sebenar Malaysia kepada lebih ramai orang menerusi kandungan digital dan podcast.
BuatSaja Media yang berada di bawah ekosistem FunnelEvo sememangnya tidak asing dalam dunia kandungan digital. Platform itu telah mencatat lebih 130 juta tontonan menerusi pelbagai platform dengan perkongsian berkaitan keusahawanan, kepimpinan, kewangan dan kisah inspirasi.
Menerusi kolaborasi ini, BuatSaja Media akan menghasilkan antara 12 hingga 24 episod podcast bertemakan pelancongan. Kandungan yang diterbitkan bukan hanya mempromosikan lokasi menarik, malah akan mengangkat cerita di sebalik budaya, makanan, komuniti dan kehidupan masyarakat tempatan yang menjadikan Malaysia begitu istimewa.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata, penceritaan digital mampu menjadikan Kempen Melawat Malaysia 2026 lebih dekat dengan masyarakat, selain memperkenalkan identiti negara kepada dunia.
Sementara itu, Pengerusi FunnelEvo, Fahdi Ghazali berkata setiap negeri di Malaysia mempunyai cerita yang unik untuk dikongsi. Justeru, beliau berharap kerjasama ini dapat membawa lebih banyak kisah tempatan kepada penonton di dalam dan luar negara, sekali gus menyokong usaha menjadikan Malaysia destinasi pilihan menjelang VM2026.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

8 hours ago
4
































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)





![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)
![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)



![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)





