Bila, Di Mana, Harga? Akhirnya My Chemical Romance Umum Konsert Di Malaysia

6 hours ago 6

OMG, ini bukan lagi khabar angin,  My Chemical Romance (MCR) officially kembali ke Malaysia. Ya, anda tidak salah baca, band rock ikonik dari New Jersey ini akan gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026.

Selepas bertahun-tahun hanya jadi mimpi peminat, akhirnya mereka sendiri umumkan berita gembira ini menerusi media sosial hari ini, sekali dengan pengumuman jelajah dunia mereka untuk rantau Asia Tenggara. Selain Malaysia, mereka juga bakal singgah di Thailand, Filipina dan Singapura, dengan persembahan penutup di rantau ini bertempat di Jakarta.

MURAI sendiri sudah mula kira hari sebab kali terakhir MCR datang ke sini ialah pada Disember 2007 di Stadium Merdeka, untuk The Black Parade Tour. Lebih 17 tahun kita tunggu. Tak hairanlah bila desas-desus mula bertiup baru-baru ini, siap ada teaser misteri di billboard sekitar Lembah Klang dengan simbolik hitam-putih dan vibe emo… rupanya semua itu petanda yang memang sahih mereka nak kembali.

Detail setakat ini:

  • Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
  • Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Status tiket: Belum dibuka — stay tuned
  • Negara Asia Tenggara lain: Thailand, Filipina, Singapura, dengan Jakarta sebagai hentian terakhir

My Chemical Romance, yang ditubuhkan pada tahun 2001, dikenali sebagai pelopor era emo rock dengan lagu-lagu ikonik seperti Helena, I’m Not Okay (I Promise), Welcome To The Black Parade dan Famous Last Words. Konsert mereka sebelum ini di Malaysia mencipta kenangan manis buat ribuan peminat yang memenuhkan stadium dengan pakaian serba hitam dan air mata penuh emosi.

Buat masa ini, pihak penganjur masih belum mendedahkan harga tiket dan bila jualan akan dibuka, tetapi jika ikut pengalaman konsert mereka di negara lain, jangan terkejut kalau tiket habis dalam beberapa minit saja. Jadi pastikan anda bersedia dan peka dengan pengumuman rasmi nanti.

Jangan lupa untuk terus ikuti saluran rasmi My Chemical Romance untuk sebarang kemas kini tentang tiket dan butiran lanjut.

Lebih 17 tahun kita tunggu… akhirnya, MY CHEMICAL ROMANCE IS BACK. Teruskan bersama MURAI untuk info terkini tentang harga tiket, pakej VIP dan tips survive konsert nanti. Kita jumpa di sana.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |