Pempengaruh dan pelakon Norreen Iman mencuri perhatian ramai apabila berkongsi hantaran terbaru mengenai penampilannya. Menerusi platform Instagram dan Threads, Norreen memuat naik beberapa keping gambar yang melihatkan dirinya menggayakan turban dan topi.
Perkongsiannya itu secara tidak langsung telah menjadi perbualan ramai, di mana rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terkejut melihatkan penampilan baharunya.
“Kejap pakai labuh, kejap pakai sendat. Saya tau akak masih lagi istiqomah. Tapi haritu kan dah cantik pakai. Kenapa sekarang macam ni pula kak?”
“Macam slow slow nak free hari balik je tu. Macam bagi hint je.”
“Ada bau-bau nak buka tudung. Kuatkan semangat Norreen. Ingat hidup ni kejap je.”
Selain daripada itu, ada juga segelintirnya menitipkan doa agar Norreen terus beristiqamah menjaga aurat.
“Hai Norreen. Cuba cari masa, duduk lama sedikit lepas solat. Mengaji dan fikir semula apa keputusan yang Norreen buat setakat ini. Semoga ujian dan nikmat yang Allah bagi ni, akan dekatkan awak kepada Allah. Cari kawan yang bawa Norreen ke arah yang lebih baik dan yang mampu menegur ketika kita silap. Jaga diri.”
Untuk makluman semua, Norreen Iman mengambil keputusan untuk bertudung pada tahun 2024. Sejak daripada itu, dia sering berkongsi mengenai perjalanan penghijrahannya di media sosial.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

12 hours ago
4





































![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)











