Pelakon Hafidz Roshdi mencuri perhatian ramai selepas tidak lagi dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada didakwa masih menghalangnya bertemu anak-anaknya.
Menerusi luahannya di Instagram Stories, Hafidz meminta maaf kepada bekas isterinya atas kesilapan lampaunya dan berharap agar isu peribadi antara mereka tidak melibatkan anak-anaknya.
“Awak ada masalah dengan saya jangan libatkan anak-anak. Anak-anak perlu father figure dia juga. Saya minta maaf atas apa dah jadi pasal benda lepas dari segi kewangan ke emosi ke atau lain-lain yang terlepas pandang.”
Foto – @hafidz.roshdi (IG)Pada masa yang sama, dia menegaskan mahu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa tanpa sebarang halangan.
“Saya tak nak bermusuh dengan awak. Saya nak hak lawat jumpa Humairah dan Umar je. Dan saya dah dapat hak dari mahkamah. Saya nak jumpa Umar dan Humairah. Saya nak jalankan tanggungjawab sebagai Abah Humairah dan Umar.”
Foto – @hafidz.roshdi (IG) / @shushukriii (IG)Walau bagaimanapun, Hafidz turut merayu agar bekas isterinya membenarkan dirinya bertemu dengan anak-anak, selain meminta nombor telefon terkini agar boleh menghubungi mereka secara langsung.
“Saya dah minta maaf, dah lepas tanggungjawab saya. Awak nak maafkan ke tak sekarang ni, jangan libatkan Umar dan Humairah. Luka di hati awak tu Allah je boleh rawat. Jangan sekat or halang. Saya nak call tanya khabar perkembangan dia, sila bagi nombor telefon latest Humairah.”
Untuk rekod, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada berkahwin pada tahun 2016 dan berpisah pada Julai 2023. Bekas isteri Hafidz itu kini tinggal di Melbourne, Australia bersama kedua-dua anak mereka untuk menyambung pengajian.

6 hours ago
6










































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)






