Pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa pilu apabila putera sulungnya, iaitu Mohamad Ayden Adrean pernah menjadi mangsa buli di sekolah.
Masih Dibuli Walaupun Telah Belajar Seni Mempertahankan Diri
Bella atau Dayang Ara Nabellah Binti Awang Astillah menyatakan bahawa dia telah pun mendaftarkan Ayden dalam kelas seni mempertahankan diri, Taekwondo namun kejadian buli masih berlaku kepada anak lelakinya itu.
“Ayden ada kena buli. Saya berasa sedih sebab walaupun saya dah masukkan Ayden Taekwondo untuk dia jaga diri tapi dia masih kena buli. Saya sedihlah untuk dia.”-Kata Bella ketika ditemui Murai MY
Bersemuka Dengan Pihak Sekolah & Keluarga Pembuli

Tambah Bella, Ayden yang bersekolah dua sesi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang tetap dibuli di kedua-dua sesi persekolahan tersebut.
Tidak berdiam diri, Bella tampil mengambil tindakan dengan berjumpa pihak sekolah, keluarga pelaku dan juga si pembuli itu sendiri.
“Ayden kena buli emosi dan fizikal, tapi kita dah selesai berjumpa keluarga pelaku. Macam dekat sekolah agama, ada yang menjerit kat Ayden panggil (ejek) dia anak yatim.
Saya harap dia kuat. Saya ada pergi sekolah juga minta tolong Ustazah. InsyaAllah semoga da perubahan yang baik.
Bukan sahaja berjumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa dan terus cakap dengan dia. Sebab yang buli dia adalah perempuan.
Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit lepas ni.”-kata Bella kepada Murai MY lagi
Bella ditemui Murai MY di majlis rasmi pengumuman pensijilan Halal Thong Bowl yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada petang Jumaat. Majlis ini turut dihadiri selebriti dan tokoh awam termasuklah Datin Alyah, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Malah kehadiran rakan-rakan pempengaruh juga memeriahkan lagi acara yang menjadi detik bersejarah buat Thong Bowl.

3 months ago
144
![[VIDEO] Shuib Sifatkan Momen Bersama Anak ‘Ubat Tidur’ Buat Dirinya](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/09/shuib-watie-sedondon.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS ‘Bahagia Yang Tertangguh’, Netizen Terhibur!-“Mengengkang Lari Kak Ju..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/affa1c70-96cf-417b-bfb4-846e3f7d6139.jpg)












![[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/gambar-pakcik.jpg)















![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)



![[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/45f04852-5a32-4dd3-ba17-c169d90e51c7.jpg)
![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)




![[VIDEO] Gelagat Noor Nabila Buat Isyarat “L” Pada El Rumi Tuai Pelbagai Reaksi Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/10-1.jpg)






![[VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-32.jpg)