Pengacara dan pelakon, Raja Azura telah mencuri perhatian ramai apabila dia telah menyiarkan iklan pencarian bekas suaminya, Adzmin Osman, di akhbar. Pendekatan itu dilakukan untuk menyelesaikan tuntutan nafkah tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Untuk pengetahuan semua, iklan pencarian di akhbar itu disiarkan selepas bekas suami Raja Azura gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan tuntutan berikut.
Raja Azura atau lebih mesra disapa sebagai Kak Engku mendedahkan bahawa langkah pengiklanan itu dibuat selepas dia beberapa kali cuba menyerahkan dokumen mahkamah secara terus. Namun usahanya tidak berjaya apabila bekas suaminya didakwa enggan menerima notis tersebut.
“Mahkamah arahkan saya buat penyampaian ganti melalui iklan sebab dia tak beri kerjasama. Hari itu sudah cuba serah, tapi dia minta pulangkan balik. Jadi, saya ikut prosedur.”
Memetik kenyataannya di beberapa laporan media tempatan, Kak Engku memaklumkan bahawa penyiaran iklan pencarian bekas suaminya itu merupakan arahan rasmi mahkamah. Tujuannya adalah untuk memastikan Adzmin Osman dimaklumkan tarikh sebutan kes walaupun tidak dapat dihubungi.
“Bila iklan dah keluar, barulah saya boleh bercakap secara umum supaya dia tahu. Kalau dia tak baca surat khabar pun, kita sudah jalankan tanggungjawab.
Memang susah bila seseorang tidak beri kerjasama. Kalau boleh berbincang, semuanya boleh selesai. Tapi saya serahkan pada mahkamah. Biar mahkamah putuskan.”
Sehingga ke hari ini, Kak Engu memaklumkan bahawa dia tidak tahu tentang keberadaan bekas suaminya dan berharap agar isu tuntutan nafkah anak dapat diselesaikan dengan segera.
“Saya bukan merayu, tidak. Saya cuma mahu dia hadir. Saya pun tak tahu dia di mana dan kalau saya cari sendiri nanti jadi gaduh. Dia kena datang sendiri dan membuat pengakuan tentang hutang nafkah yang tertunggak sebelum kes boleh diteruskan.”
Untuk rekod, Raja Azura dan Adzmin Osman mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 sebelum bercerai pada 28 September 2010.

1 day ago
11


![[VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-28-at-3.33.10-PM.png)





![[VIDEO] Bella Astillah Titip Ucapan Istimewa Selepas Terima ‘AFFIN INVIKTA Top 50 Women Of Excellence Awards’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_9013.jpg)
![[VIDEO] Warga Bangladesh Kaut Saman DBKL, Netizen Dakwa ‘Elak Owner Marah’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-27-at-16.47.00.jpeg)
![[VIDEO] Straw Kaca Makan Tuan, Wanita Masuk Hospital](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-27-at-13.46.05.jpeg)
![[VIDEO] Konsert Kena ‘Banned’ & Karier Hampir Musnah, Norman Dedah PMX ‘Hero’ KRU](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/4-11.jpg)
![[VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/8aa6d43f-cd4b-4984-b081-2b51e15d6b8a.jpg)

![[VIDEO] Atikah Suhaime Disangka Hamil Lagi, Ini Responnya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e0f40096-b038-4b76-9af4-9bb50a7bcb35.jpg)


![[VIDEO] Netizen Sifatkan Aedy Ashraf Salah Seorang Lelaki Melayu Terkacak Di Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2352.jpeg)
![[VIDEO] Fatima Seronok Didukung Fazura-“Happynya Nyamma”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2351.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Lucu Anak Zahirah Macwilson Bersama Kucing Kesayangan Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2350.jpeg)












![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)









![[VIDEO] Wanita Terkejut Lihat Katak Terapung Dalam Air Minuman- “Color Tu Pun Dah Macam Asam Boi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/4-1.jpg)



![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)