Bapa Dayah Bakar Meninggal Dunia-“Kami Terima Dengan Hati Yang Berat..”

13 hours ago 6

Penyampai radio dan pengacara, Dayah Bakar berkongsi khabar duka mengenai bapanya Datuk Haji Abu Bakar Johar telah pergi mengadap Ilahi pada jam 12.59 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terima Dengan Hati Yang Berat

Dayah atau Nur Hidayah Datuk Haji Bakar menerusi hantaran yang telah ‘di-repost’ di Insta Stories, menyatakan bahawa mereka menerima pemergian bapanya itu dengan hati yang berat, selain memohon doa orang buat Allahyarham bapanya itu.

“Bapa saya telah kepada kepada Penciptanya pada 12.59 pagi hari ini. Innalillahiwainnailayhiraji’un.

Kami terima dengan hati yang berat. Mohon titipkan doa buat arwah. Semoga Allah kurniakan rahmat-Nya, permudahkan perjalannya dan menempatkannya dalam kalangan yang beriman.

Terima kasih buat semua yang mendoakannya untuk beberapa hari ini.”-kongsi Dayah Bakar di Insta Stories

Dimandi & Disolatkan Di Surau Silaturahim PPK, Segambut

Tambahnya lagi, jenazah arwah bapanya itu akan dimandikan dan disolatkan di Surau Silaturahim SPPK, Segambut pada sekitar jam 10.00 hingga 11.00 pagi dan akan dikebumikan di lokasi yang bakal dimaklumkan kemudian.

“Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Surau Silaturahim SPPK, Segambut. Lokasi & masa pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

Dengan rendah hati, kami memohon agar semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin

Mohon juga jasa baik tuan/ puan untuk membantu menyebarkan makluman ini kepada kenalan yang mengenali arwah. Segala doa dan sokongan amat kami hargai.”-kongsi Dayah lagi

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapa kepada Dayah Bakar agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Semoga Dayah Bakar sekeluarga kuat dan tabah menghadapi ujian.. Al-Fatihah..

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |