Adakah anda semua tahu bahawa keluarga yang memiliki pendapatan rendah (atau lebih dikenali sebagai B40), layak untuk menerima bantuan kewangan sehingga RM1000 sebulan bagi menyokong keperluan anak-anak?
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga B40 yang memerlukan. Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap anak mendapat penjagaan dan perhatian yang sempurna tanpa membebankan keluarga.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) B40:
- Pemohon ialah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Keluarga atau penjaga yang mempunyai anak berumur di bawah 18 tahun.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ditetapkan.
Kanak-kanak berumur 16 tahun sehingga 18 tahun yang bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak untuk menerima bantuan ini. Manakala anak-anak yang tiada penjaga yang sah, mempunyai OKU mental atau ibu bapa muflis layak dipertimbangkan.
KADAR BANTUAN KANAK-KANAK 2026
Kadar bantuan berbeza mengikut tahap umur seperti:
- 6 tahun ke bawah: RM250/seorang
- 7 tahun hingga 18 tahun: RM200/seorang
- Maksimum sekeluarga: RM1000
CARA UNTUK MOHON BKK 2026
Proses permohonan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti:
1. Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
- Kunjungi pejabat JKM berdekatan tempat tinggal anda.
- Maklumkan bahawa anda ingin mohon BKK
- Isi borang dengan lengkap beserta salinan dokumen sokongan
Kaedah ini sangat disyorkan untuk pemohon yang kerja sendiri, tidak mempunyai pendapatan tetap, penjaga bukan ibu bapa kandung, baru berpindah rumah, mempunyai isu dokumen berkaitan alamat.
2. Secara Dalam Talian
- Layari portal eBantuan JKM [TEKAN SINI]
- Isi borang dengan lengkap beserta salinan dokumen sokongan yang diperlukan
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Bagi mengelakkan permohonan ditolak, pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi memastikan proses permohonan lancar seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga
- Surat atau penyata pendapatan daripada majikan
- Akaun pendapatan dari penghulu atau pemimpin masyarakat (jika bekerja sendiri)
- Salinan bil utiliti seperti bil elektrik, air atau telefon
- Salinan penyata akaun bank terkini atau slip pengesahan akaun bank terkini
- Dokumen berkaitan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah seperti akaun bersama ibu, bapa atau penjaga.
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Kanak-Kanak B40, anda boleh layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi di 03-8000-8000 atau e-mel di [email protected].

8 hours ago
2



![[VIDEO] Leona Curi Tumpuan Di Pasar Malam Kota Kinabalu, Aksi Spontan Undang Tawa Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-6.png)






![[VIDEO] Neera Azizi Bakal Timang Anak Perempuan, Sempat ‘Gender Reveal’ Di Hadapan Kaabah!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/ead24a6b-f409-43cf-b941-a9243a0d28cf.jpg)





















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)

![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)




![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)







![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
