Berita baik buat pelajar dan ibu bapa, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyediakan Skim Agihan Permulaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi membantu menampung kos awal kemasukan ke universiti.
Skim ini merupakan bantuan secara sekali bayar (one-off) yang diberikan kepada pelajar yang layak, sama ada melanjutkan pengajian di dalam atau luar negara.
Inisiatif ini sebenarnya bukan baharu, kerana telah diperkenalkan sejak tahun 2007. Namun, ia sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan yang diberikan kekal relevan dengan keperluan semasa pelajar.
Kini Lebih Luas, Dari Tingkatan 6 Hingga Ijazah
Menariknya, pelaksanaan skim ini kini diperluaskan secara menyeluruh, merangkumi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan seperti:
- Tingkatan 6
- Sijil / Matrikulasi
- Diploma & Diploma Vokasional
- Ijazah Sarjana Muda (dalam & luar negara)
Malah, bermula tahun 2024, skim ini turut dibuka kepada pelajar politeknik sebagai sebahagian usaha memperluaskan akses bantuan pendidikan kepada lebih ramai golongan muda.
Langkah ini jelas menunjukkan komitmen untuk memastikan tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan kewangan, khususnya pada peringkat awal kemasukan ke IPT.
Jumlah Bantuan Ikut Peringkat Pengajian
Jumlah bantuan yang ditawarkan berbeza mengikut tahap pengajian, iaitu:
- Sijil / Matrikulasi / Tingkatan 6: RM800
- Diploma Vokasional: RM900
- Diploma: RM1,000
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,200
- Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara): RM2,500
Selain itu, pelajar yang mendapat tawaran IPT dalam negara tetapi ditempatkan di Sabah atau Sarawak turut layak menerima tambahan RM200, menjadikan bantuan ini lebih menyeluruh dan inklusif.
Syarat Kelayakan Yang Perlu Dipenuhi
Untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, beberapa syarat kelayakan ditetapkan:
- Beragama Islam dan warganegara Malaysia
- Bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 12 bulan
- Tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain
- Permohonan bagi pengajian kali pertama sahaja
- Pengajian sepenuh masa dengan tempoh sekurang-kurangnya setahun
- Permohonan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran
Cara Mohon, Mudah & Fully Online
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan langkah berikut:
- Layari Portal Pendidikan MAINPP
- Daftar dan lengkapkan maklumat peribadi
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Hantar permohonan secara digital
- Semak status permohonan melalui portal yang sama
Kalau dilihat, skim seperti ini memang antara bantuan yang “kena tepat pada masanya”. Kos permulaan masuk IPT bukan sedikit dari yuran pendaftaran, buku, penginapan hinggalah ke keperluan asas.
Bagi Murai, walaupun jumlah bantuan mungkin berbeza mengikut peringkat, ia tetap mampu meringankan beban, terutama bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak melanjutkan pelajaran.
Paling penting, inisiatif seperti ini bukan sekadar bantu dari segi kewangan, tetapi memberi keyakinan kepada pelajar untuk melangkah ke fasa baharu dalam hidup tanpa terlalu risau soal kos. Pendek kata, kalau dah dapat tawaran IPT, memang rugi kalau tak rebut peluang ini. Kecil jumlahnya, besar maknanya.

15 hours ago
7

















![[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-35.webp)





















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)



![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)



