Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila” dalam satu sidang media yang berlangsung di Royal Chulan Damansara.
Iklan Raya tersebut diterbitkan dengan sokongan penaja rasmi, Milo, dan diarahkan oleh pelakon serta pengarah muda Nadhir Nasar. Naskhah ini menampilkan penceritaan yang ringan, dekat dengan realiti masyarakat dan sarat dengan emosi kekeluargaan.
Iklan ini mengisahkan tentang Siti, seorang wanita bekerjaya yang melihat musim Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga masa yang penuh tekanan. Pada usia 30 tahun, setiap kali pulang ke kampung halaman, dia sering diasak dengan soalan yang sama iaitu “Bila nak kahwin?”.
Bagi mengelakkan desakan keluarga, Siti mengambil keputusan mengupah seorang “teman lelaki palsu” setiap kali pulang beraya. Namun, Raya kali ini menjadi berbeza apabila Alif, pelakon sambilan yang diupahnya, tanpa disangka berjaya menawan hati seluruh ahli keluarganya. Situasi itu akhirnya membuatkan Siti berdepan dengan hakikat bahawa kejayaan kerjaya yang dikejarnya mungkin telah menjauhkan dirinya daripada orang yang paling disayangi.
Melalui sentuhan pengarahan Nadhir Nasar, iklan ini dipersembahkan dengan gabungan elemen komedi, emosi dan kehangatan keluarga secara sederhana, namun cukup untuk menyentuh hati penonton. Pada masa sama, ia turut mengetengahkan realiti tekanan sosial yang sering berlaku ketika musim perayaan, sambil mengajak penonton menghargai makna sebenar keluarga, kejujuran serta hubungan yang tulus.
Iklan Raya “Bila” dibintangi barisan pelakon popular seperti Yusuf Bahrin, Areef Amran, Erysha Emyra, Ezzanie Jasny, Auni Yusri, Syad Mutalib serta penampilan istimewa penyanyi bersuara emas iaitu Liza Hanim.
Menurut Nadhir Nasar, pengalaman mengarahkan projek di bawah pengurusan yang sama memberi makna tersendiri buat dirinya.
“Bekerja bersama rakan-rakan di bawah pengurusan yang sama sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi apabila kami berkolaborasi dalam projek yang saya arahkan. Saya bangga untuk terus melangkah, membesar dan mencipta bersama pengurusan LOL,” katanya.
Sementara itu, wakil produksi berkata iklan tersebut dihasilkan dengan pendekatan penceritaan yang santai dan jujur kerana isu yang diketengahkan amat dekat dengan realiti masyarakat hari ini.
“Soalan ‘bila’ itu mungkin kedengaran biasa, tetapi di sebaliknya ada tekanan, kerinduan dan emosi yang jarang diluahkan. Kami mahu menyampaikan kisah ini dengan cara yang ringan, tetapi bermakna,” katanya.
Iklan Raya “Bila” dijadualkan ditayangkan secara rasmi di saluran YouTube rasmi Laugh Out Loud Entertainment pada 7 Mac 2026, jam 8.00 malam, dan dijangka menarik perhatian penonton yang menggemari kisah komedi romantik dengan sentuhan kekeluargaan.
Kalian boleh tengok di dalam Youtube dengan pautan: https://youtube.com/@lolentertainment.youtube?si=JeQxCLzL5WIOwkaP

14 hours ago
7



![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)





![[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42.webp)
![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)





















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)






![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
