Bagaimana APV Dalam Galaxy S26 Ultra Ubah Cara Rakam Video Jadi Lebih ‘Pro’

2 hours ago 2

Kalau dulu nak hasilkan video ala-ala “cinematic” kena guna kamera mahal, sekarang trend tu makin berubah. Dengan kemunculan Samsung Galaxy S26 Ultra, nampaknya siapa-siapa pun boleh jadi content creator dengan hasil yang nampak profesional  terus dari telefon.

MURAI pun tengok, kali ini Samsung memang all-out untuk bantu geng kreator, lagi-lagi dengan teknologi baru yang dipanggil APV (Advanced Professional Video).

Apa Itu APV? Kenapa Ramai Cakap ‘Game Changer’?

APV ni sebenarnya format video khas yang dibangunkan oleh Samsung Electronics bersama Qualcomm Technologies.

Bahasa mudahnya, APV ni:

  • Buat video nampak lebih “mahal”
  • Tapi tak makan storage banyak sangat
  • Dan senang nak edit tanpa rosakkan kualiti

Kalau sebelum ini rakam video guna phone, bila edit banyak kali, warna jadi pelik, gambar pecah sikit. Tapi dengan APV, kualiti tu kekal solid walaupun dah edit berkali-kali.

Macam Mana APV Ni Berfungsi?

Biasanya video dari phone fokus pada saiz kecil supaya mudah share, tapi bukan untuk edit berat.

APV pula lain sikit:

  • Support sehingga 8K 30fps
  • Guna 10% kurang storage berbanding format lain
  • Sesuai untuk editing serius (macam guna kamera filem)

Maksudnya, video yang anda shoot guna phone boleh behave macam footage kamera profesional bila masuk software editing.

Bayangkan situasi ni:

  • Content creator TikTok atau Reels rakam video OOTD atau travel. Dengan APV, warna lebih cantik dan smooth walaupun dah tambah filter banyak kali.
  • Wedding atau event videographer pula kadang-kadang perlukan rakaman cepat tanpa setup besar. Guna Galaxy S26 Ultra sahaja, tapi hasil masih nampak premium.
  • Food reviewer yang rakam makanan panas-panas akan nampak detail seperti kuah, tekstur dan warna lebih hidup.
  • Vlogger travel pula boleh shoot dari siang sampai malam dan masih dapat kekalkan kualiti video bila masuk proses editing.

Cara Aktifkan APV (Simple Je)

Pergi Camera > Settings > Video Format > APV

Pilih mode: APV HDR atau APV Log & Pilih kualiti: 422 HQ atau 422 LQ

On atau off terus masa preview kamera

Boleh juga simpan terus ke external USB

MURAI nampak satu benda penting,  Samsung bukan sekadar upgrade kamera, tapi upgrade cara orang buat content. Dengan APV dalam Samsung Galaxy S26 Ultra, siapa-siapa pun boleh hasilkan video nampak mahal tanpa perlu setup complicated. Kalau anda jenis suka buat content,  sama ada untuk TikTok, YouTube atau sekadar simpan kenangan, teknologi ni memang berbaloi untuk explore.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |