Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

15 hours ago 11

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami komplikasi pada bahagian jahitan pembedahan di perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga pada 26 Januari lalu.

Kongsi Nabil di Instagram, pihak doktor menyarankan isterinya untuk menjalani prosedur proses jahitan semula kerana mahu terbang ke Singapura untuk menghadiri acara CelebFest.

“‘Kalau nak pergi kena jahit’. Itu yang dikatakan oleh doktor apabila mengetahui Ayda masih berkeras mahu terbang ke Singapura.

Padahal awalnya, doktor dak cakap tak perlu jahit sebab Alhamdulillah luka sedang pulih dengan baik. Dia tidak mahu dijahit pada mulanya.

Tapi dia sudah berjanji. Sebuah janji untuk bertemu semua orang di CelebFest Singapura. Jadi dia pilih untuk melalui kesakitan, hanya untuk pastikan dia hadir. Kerana batal tidak pernah menjadi sebuah pilihan. Baginya, peminat nombor satu.”-tulis Nabil di Instagram

Ayda Banyak Berkorban

Dalam pada itu, Nabil mengakui dia rasa terluka melihat keadaan isterinya yang banyak berkorban selain memohon orang ramai untuk berlembut dengan isterinya ketika di sana.

“1 bulan selepas melahirkan anak ke-3 kami melalui pembedahan Caesarean. Jahitannya terbuka.

Sebagai seorang suami, saya sakit hati melihat dia bergerak kadang-kala. Dia masih dalam pemulihan. Dia masih kesakitan. Dalam beberapa malam dia tidak complain, tapi saya tahu.

Saya melihat kekuatan di sebalik senyuman itu. Saya melihat pengorbanan yang orang ramai tidak lihat.

Jika anda datang, tolonglah berlembut dengannya. Dia melakukan ini dengan tubuh yang pulih dan hati yang kuat.”-tambah Nabil lagi

Peminat & Rakan Selebriti Bimbang

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Ayda, malah ramai yang memintanya untuk mengutamakan kesihatan diri terlebih dahulu.

“Ayda please fokus recovery dulu. Yang lain boleh tunggu. Jaga diri please.”-Uyaina Arshad

“Alaaa, adik ni degil lahh.”-Sheila Rusly

“Ia bukan mengenai peminat. Tapi anak-anak, nyawa dan kesihatan diri lagi penting. Anak-anak masih perlukan perhatian ibu. Please la.”

“Sayangi diri dulu baru fans. Badan nak pakai lama bukan untuk fans tapi untuk anak-anak.”

“Kesihatan tu lebih penting, dari fans tu je nak cakap. Kesihatan tak dapat nak dibeli. Semoga dipermudahkan segala urusan.”

Sekadar info, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla yang baru dilahirkan pada 26 Januari lalu.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |