Asyraf Khalid Komen Isu Elrah Exclusive Dituduh Ciplak Rekaan Samping, Lain Pula Reaksi Netizen?

5 days ago 22

Pengasas jenama baju Melayu terkenal, El Azman tampil bersuara selepas tular isu didakwa ciplak rekaan samping warisan milik suami kepada pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman iaitu Emri Rijal.

Nafi Dakwaan Plagiat Motif Keris Pada Koleksi Samping Raya Elrah

El Azman menerusi kenyataan di Instagram, menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat terhadap mereka adalah tidak berasas. Malah, mereka bersedia untuk mempertahankan hak mereka melalui saluran undang-undang jika perlu.

“Bismillahirrahmanirrahim Kami menghormati sebarang pihak yang ingin mempertahankan hak intelek mereka, namun dalam kes ini, tuntutan yang dibuat adalah tidak berasas.

Kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang dakwaan yang boleh mencemarkan nama baik @elrahexclusive dan bersedia untuk mempertahankan hak kami melalui saluran undang-undang jika perlu.”-kapsyen El Azman di Instagram

Asyraf Khalid Persoal Keluarga Emran Punya Hak Cipta Rekaan Keris?

Dalam pada itu, anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid menerusi komen yang sudah dipadam, turut mempersoalkan bagaimana pihak terlibat boleh mempunyai hak akta rekaan keris.

“Tu la terfikir juga macam mana dia boleh copywrite design keris. Hebat betul family dia je boleh guna design tu.”-komen Asyraf Khalid

Ditegur Netizen?

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi segelintir netizen yang memberikan teguran terhadap Asyraf dengan mendakwa jenama Elrah telah menggunakan rekaan yang sama yang telah mendapat hak cipta di bawah Hak Cipta 1987.

“Komen anda menunjukkan tahap intelek anda. Mungkin anda harus menamatkan siaran podcast. Memalukan.”

“Kata ‘hebat betul family dia tu’ tu, sila buat kajian anda. Elrah menggunakan rekaan yang sama yang tekah dilindungi hak cipta. Bukan secara spesifik keris, tetapi keseluruhan rekaan sampin!. Sentiasa menghormati anda sebelum ini dan terkejut melihat kenyataan sedemikian datang daripada anda.

Hanya kerana jenama ini adalah jenama yang jauh lebih besar, ia tidak memberi mereka hak untuk membuli perniagaan kecil yang lain. Anda seharusnya memahami kerana anda juga pemilik bisnes.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |