Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak dapat merasa hidangan yang sama seperti yang dinikmatinya itu.
Anzalna Nasir menerusi hantaran di Threads, dilihat meminta bantuan netizen untuk memaklumkan kepadanya jika mengenali mana-mana keluarga yang memerlukan bantuan kerana dia sendiri yang mahu turun padang untuk memberikan bantuan kepada pihak terlibat.
“Setiap kali berbuka puasa, bila tengok hidangan atas meja, hati mesti teringat pada mereka yang mungkin tak dapat rasa benda yang sama.
Kalau ada yang kenal keluarga yang benar-benar memerlukan, boleh DM Anzalna atau maklumkan ya.
Mohon maaf, kalini sekitar kawasan KL sahaja sebab Anzalna sendiri nak turun padang dan sampaikan sendiri bantuan tersebut. Semoga sedikit usaha ini dapat ringankan beban mereka dan bagi rasa juadah yang sedap-sedap waktu berbuka.”-tulis Anzalna di Threads
via Thread @anzalnanasir88“Terima Kasih Kak Anzalna Jadi Orang Yang Baik…”
via IG @anzalnanasir88Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen dengan memaklumkan mengenai pihak yang memerlukan bantuan, malah ramai yang memuji dan menitipkan doa agar Anzalna sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
“Saya nak Buah Melaka je untuk berbuka anak-anak saya boleh tak kak Anzalna. Sebab anak-anak nak makan Buah Melaka untuk berbuka.”
“Dekat bawah stesen LRT Bangsar atau dekat dengan Menara Etiqa ni ade sorang mak cik mualaf ke apa tak pasti, dia selalu minta sedekah area laluan orang lalu lalang pergi office. Baik makcik ni, peramah, dia selalu tegur dan bagi salam. Bila orang sedekah pape dekat dia, dia mesti akan doakan orang tu .”
“Itulah hakikatnya orang yang tak berkemampuan macam kami ni hadap. Nak tak nak makan je apa yang ada. Untuk persiapan Raya pun, kami tahun ni pakai je apa yang ada. Mampu tumpang bahagia je tengok orang beli barang raya.”
“Terima kasih kak Anzalna jadi orang yang baik, dah la cantik, pemurah selalu kongsi rezeki pada yang memerlukan. Semoga Allah SWT kurniakan Syurga Firdaus kepada kak Anzalna.”
“Alhamdulillah semoga kita dimurahkan rezeki dan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan Aaminn.”
Sekadar info, Anzalna Nasir mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

13 hours ago
8











![[VIDEO] Ushera Hadir Dengan ‘Warna Warni Hari Raya’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/img_3290.webp)























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)




