Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak yang memerlukan lebih-lebih lagi ujian yang menimpa pelawak dan pelakon, Amyza Aznan di atas kehilangan anak lelakinya, Andre Mikhail Khairil Izhar yang pergi mengadap Ilahi pada malam tadi selepas bertarung melawan kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kongsi Niya di Threads, salah satu perkara yang membuatkan mereka sangat menghormati ibu adalah sikapnya yang sentiasa akan menziarah mana-mana kenalan atau saudara yang sakit biarpun tidak mempunyai hubungan yang rapat.
“Salah satu perkara yang kiteorang anak-anak hormat dekat mamy (Didie Alias) ni, sesiapa yang sakit tak kisah kenalan rapat ke, sedara ke, bukan sedara ke mana yang dia boleh sampai memang dia akan datang.”-kongsi Niya di Threads

Uruskan Jenazah Bekas Suami
Bukan itu sahaja, Didie juga menguruskan jenazah bekas suaminya yang juga pelakon, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pada tahun 2023 dari awal sehingga akhir.
“Masa arwah ayah meninggal pun mamy yang uruskan a to z. Kiteorang anak-anak lost dah masa tu. Memang total lost.
Dia lah yang menguruskan jenazah ayah padahal bekas suami dia masa tu. Tak boleh lupa jasa mamy bahagian ni.
Semoga ada bahagian untuk mamy bila tiba masanya nanti.”-tulis Niya lagi
“Kalau Dia Tolong Betul Punya Tolong…”
Hantaran Niya dibanjiri dengan komen netizen yang turut berbangga dengan sikap murni Didie, malah ramai yang menitipkan doa buat ibunya agar sentiasa dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
“Awak jaga mamy elok-elok tau. Awak bertuah ada emak yang baik dan hebat. Dan saya akui saya bangga jadi peminat beliau. Beliau sangat baik hati. Tak pernah kedekut. Kalau jumpa selalu belanja makan. Ya Allah murahkan rezeki mamy Didie Alias. Dia sangat baik ya Allah.”
“Bangga sangat dengan mamy Didie sebab tunggu kak Amyza dari semalam lagi. Kawan nak berseronok ramai, tapi kawan yang time susah ni susah nak jumpa. Bertuah kak Amyza ada sahabat-sahabat macam ni.”
“Apa yang hormat pasal ibu kamu, kalau dia tolong betul punya tolong, setia ada di sisi dari bernyawa sampai ke liang lahad, tak ada nampak dia sibuk nak merekod, semoga segala kebaikan ibu kamu akan berbalik kepada dia balik. Macam mana dia bersungguh tolong orang macam tu jugak laa orang akan tolong bila dia memerlukan nanti.”
Difahamkan, jenazah anak kepada Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam sekitar 10.40 pagi tadi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3.

11 hours ago
7


![[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)



![[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-1-1.webp)

![[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px.webp)
![[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5x.webp)
![[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/e02547d2-a290-4f51-8ee9-0ef4d7eaf99f.webp)

























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)





![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)



