Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

11 hours ago 6

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bakal Keluarkan Anaknya Dari Hospital Hari Ini

Amyza Aznan menerusi hantaran di Insta Stories, memaklumkan bahawa dia bakal mengeluarkan anak lelakinya itu dari hospital dan hanya mengharapkan keajaiban berlaku kepada Andre.

“Anak saya Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban. Terima kasih untuk harapan palsu selama 1 tahun.”-kongsi Amyza Aznan di Insta Stories

“Doktor Suruh Family Standby…”

Amyza dalam hantaran yang berbeza sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai yang berkebolehan dalam perubatan alternatif sebagai salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan anaknya itu selain dimaklumkan oleh pihak doktor agar keluarganya bersedia terhadap sebarang kemungkinan.

“Doktor suruh family standby. Ya Allah tolong laa kepada sesiapa yang bijak pandai, hebat dalam bidang selain hospital, perubatan alternatif ke, jarak jauh ke, saya perlu bantuan anda sekarang!.”-mohon Amyza lagi

Titip Ucapan Hari Lahir Putera Sulung

Dalam pada itu, Amyza turut menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya, Mikhail agar diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Selamat ulang tahun sayang. Duhai anakku Andre Mikhail, anak yang sangat baik, tak pernah tinggi suara, tak pernah kata tidak kepada mummy, akur dan taat.

Terlalu banyak pengorbanan dan kebaikan kamu anak. Hari kelahiran cahaya mata pertama mummy, mummy dan semua mendoakan Andre Mikhail sembuh dengan cepat dan tidak berulang sakit lagi dan hanya takdir yang baik, dan gembira sahaja selepas ini ya anak.”-titip Amyza buat Mikhail Andre

Pelakon filem Reversi sebelum ini berkongsi keadaan anak keduanya Andrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat perkhabaran tersebut pada hari pertama Umat Islam menyambut Ramadhan yang juga bulan kelahiran anak-anaknya itu.

Malah situasi sama turut berlaku pada tahun apabila putera sulungnya, Andre Mikhail, turut disahkan menghidap kanser paru-paru pada bulan dan waktu yang sama.

Sekadar info, Amyza Aznan mendirikan rumah tangga dengan Khairil Idzhar Md Nazir pada 2004. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam, dan Ayden Andika.

Sama-sama kita doakan agar anak-anak kepada Amyza diberikan kesembuhan dengan cepat serta dipermudahkan segala urusan. Moga Amyza terus kuat menghadapi ujian menimpa..

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |