Baru-baru ini, isu melibatkan pempengaruh Aliyah Balqis atau lebih dikenali sebagai Aya hangat diperkatakan di media sosial apabila dia memuat naik sebuah video yang mendakwa kekasihnya, Yusman Kusuma atau Yuka yang berasal dari Indonesia, berlaku curang dengan individu yang dianggap sebagai sahabat baiknya sendiri, iaitu Julia Prastini atau dikenali sebagai Jule.
Dakwaan itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, khususnya berkait isu kepercayaan dan pengkhianatan dalam persahabatan.
Dalam pendedahan yang sama, Jule turut dikaitkan dengan dakwaan hubungan sulit ketika masih bergelar isteri kepada pempengaruh Korea, Na Daehoon, yang mana isu berkaitan pasangan tersebut sebelum ini pernah menjadi perhatian umum dan berakhir dengan perceraian mereka pada 3 Disember 2025.
@ayiyaaaaaaaaallahuakhbar, takda orang lain ke … kenapa kawan sendiri yaallah. allah.
♬ original sound – aya balqis – aya balqis
Menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, @ayiyaaaaaaaa, Aya tampil membuat pendedahan dengan nada sebak, mendedahkan bahawa kecurigaan itu sebenarnya sudah lama berputik dalam hatinya. Namun, dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mempunyai bukti kukuh.
“Selama ini Aya diam sebab tak ada bukti. Tapi ALLAH yang tunjukkan. ALLAH itu adil sama kita. Kalau kita baik, ALLAH pun baik dengan kita,” katanya sambil menahan emosi.
Segalanya mula terbongkar apabila Aya menemui satu nama kontak mencurigakan, ‘Zakie’, di dalam telefon kekasihnya, Yuka. Menurut Aya, nombor tersebut sering dihubungi sehingga menimbulkan tanda tanya. Setelah membuat perbandingan dengan senarai kenalannya sendiri, Aya mendakwa nombor berkenaan milik Jule, individu yang selama ini dianggap sahabat paling rapat.
Lebih memilukan, Aya mengakui hubungan persahabatannya dengan Jule sangat akrab. Mereka sering berkongsi cerita, saling memberi sokongan dan melalui pelbagai fasa kehidupan bersama.
“Aku anggap kau kawan baik. Kenapa kau buat aku macam ni?” luah Aya dalam linangan air mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan bahawa mereka juga sebelum ini sudah mengesyaki hubungan antara Yuka dan Jule, namun tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkannya dan memberi semangat kepada Aya.

via Tiktok @ayiyaaaaaaaaMalah, rakan baik Aya sendiri, @yeenryn0, turut tampil memberikan komen yang menyatakan dia turut merasakan perkara yang sama sejak awal, selain terus memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Aya.
via Tiktok @ayiyaaaaaaaaNama ‘Zakie’ yang disangka lelaki akhirnya didakwa merujuk kepada Julia Prastini sendiri. Untuk rekod, Jule sebelum ini pernah dilihat rapat dengan Ayaa, termasuk keluar bersama secara “double date”.
Pendedahan yang dibuat Aya mencetuskan perhatian ramai dan membuka perbincangan tentang nilai kepercayaan serta kejujuran dalam persahabatan dan hubungan cinta, sekali gus menjadi pengajaran bahawa pengkhianatan boleh datang daripada orang yang paling dipercayai.

5 hours ago
5






![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)




















![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)

![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)





![[VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-32.jpg)

![[VIDEO] Ahmad Dayyan Beri Bunga Kepada Talita, Reaksi Shuib Undang Curhat Warganet](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-34.jpg)






![[VIDEO] Intan Najuwa Rai Hari Lahir, Telatah Lunara Buat Netizen ‘Geram’-“Mommy Tepi Sikit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/28-blessed-❤️-1-e1755575816172.jpg)
