Kalau kalian follow sukan skuasy Malaysia, mesti kenal dengan nama Erwin Kros, remaja 17 tahun yang tengah naik daun. Hari ini, cerita menarik datang dari AirAsia MOVE (MOVE), yang baru sahaja mengumumkan mereka akan menyokong Erwin sepenuhnya dalam perjalanan kariernya sebagai atlet muda.
Kolaborasi ini datang di bawah kempen ‘Rise Without Limits’, satu inisiatif MOVE untuk beri ruang dan sokongan kepada bakat muda yang berani challenge diri mereka sendiri. Pendek kata, MOVE nak pastikan impian atlet muda tak terhenti setakat mimpi je.
Sepanjang tahun ini, MOVE dah “cover” semua, dari perjalanan, penginapan, sampai kelengkapan sukan Erwin bila dia bertanding di Sri Lanka, Uzbekistan, dan Singapura. Memang tip-top support!
Nadia Omer, CEO AirAsia MOVE sendiri kata,
“Erwin melambangkan semangat kental dan keberanian untuk bermimpi yang menjadi teras identiti MOVE. Kami percaya apabila atlet muda diberikan sokongan yang betul, impian mereka boleh pergi lebih jauh. Kami amat berbangga dapat menyokong beliau dalam membawa arena skuasy Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”
Dan memang tepat masanya sokongan ini datang, sebab Malaysia tengah nak bangkit balik legasi ikon sukan kita macam Datuk Nicol David. Lagi best, skuasy bakal buat kemunculan sulung di Sukan Olimpik 2028. Jadi Erwin macam “frontliner” yang kita semua nak tengok bersinar.
Ranking No. 1 di Selangor
Prestasinya pun bukan main-main. Dia ranking No. 1 di Selangor, No. 20 di Asia bawah 19 tahun, dan baru sahaja menang Sri Lanka Junior Open. Memang bakat besar, kan?
Erwin pun ada cakap yang memang terus rasa semangat bila dapat sokongan ni:
“Saya dah beri semua tenaga saya untuk sukan ni sejak umur enam tahun. Dengan sokongan MOVE, saya lebih yakin nak push diri lebih jauh dan capai apa yang saya impikan.”
Dan tak lupa dia tambah,
“Setiap kejohanan ni peluang untuk banggakan Malaysia, dan saya akan terus berani kejar impian saya.”
Yang bestnya, MOVE tak nak berhenti kat sini je. Lepas ini, mereka akan terus support Erwin di 2nd Touch ‘n Go SRAFTL International Junior Open Squash Championship 2026 di Kuala Lumpur (1-5 April) dan Negeri Sembilan Junior Open 2026 (7-11 April).
Kalau kalain tanya kenapa MOVE buat semua ini, jawapannya mudah, selain memudahkan jutaan orang travel, mereka nak jadi platform yang angkat generasi juara Malaysia. So, bukan setakat tiket dan hotel, tapi dorongan untuk impian atlet muda pun mereka bagi.

11 hours ago
5

















![[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-35.webp)





















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)



![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)



