AirAsia Dedah Taktik Baru Scammer, Nombor ‘Customer Service’ Palsu Sedang Tular

2 hours ago 9

Kalau anda ada nampak nombor telefon kononnya talian khidmat pelanggan AirAsia yang tengah viral di media sosial, better pause dulu sebelum call.

AirAsia baru-baru ini tampil memberi peringatan kepada semua tetamu dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan taktik penipuan yang menggunakan nama syarikat penerbangan itu.

Nombor Khidmat Pelanggan Palsu Mula Tular

Difahamkan, ada hantaran dalam talian yang menyebarkan nombor telefon yang didakwa sebagai talian rasmi khidmat pelanggan AirAsia. Namun, AirAsia sendiri sudah mengesahkan nombor tersebut langsung tiada kaitan dengan mereka dan dipercayai sebahagian daripada scam yang menyasarkan pelancong, terutama mereka yang sedang mencari bantuan berkaitan tempahan penerbangan.

MURAI faham, bila tiket ada isu atau nak tukar jadual penerbangan, memang ramai akan cepat panik dan cari nombor bantuan. Tapi dalam situasi macam ini, itulah peluang yang biasanya digunakan oleh scammer.

Jangan Kongsi Maklumat Tempahan Sewenang-Wenangnya

AirAsia turut menasihatkan orang ramai supaya jangan sewenang-wenangnya menghubungi nombor khidmat pelanggan dari sumber yang tidak disahkan. Selain itu, korang juga diminta berhati-hati dengan pautan yang dihantar melalui WhatsApp atau mana-mana platform mesej lain.

Yang paling penting, jangan kongsi maklumat peribadi, nombor rujukan tempahan atau butiran pembayaran dengan mana-mana pihak yang identitinya tidak jelas.

AirAsia Sahkan Tiada Khidmat Pelanggan Melalui Telefon

Dalam masa sama, AirAsia turut menjelaskan bahawa mereka tidak menyediakan khidmat pelanggan melalui panggilan telefon.

Sebaliknya, semua sokongan pelanggan hanya dilakukan melalui sistem kecerdasan buatan mereka iaitu AskBo, yang boleh diakses melalui aplikasi AirAsia MOVE atau platform digital rasmi AirAsia.

Melalui AskBo, tetamu boleh mendapatkan bantuan berkaitan tempahan penerbangan, perubahan jadual, maklumat perjalanan dan pelbagai lagi perkhidmatan dengan lebih cepat dan selamat.

Memandangkan musim perjalanan Hari Raya semakin hampir dan ramai yang sudah mula merancang untuk pulang ke kampung atau bercuti, AirAsia juga mengingatkan para pelancong supaya sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi syarikat seperti laman web dan akaun media sosial yang disahkan.

Dalam masa sama, pihak syarikat juga memaklumkan bahawa mereka sedang memantau penyebaran maklumat mengelirukan ini dan mengingatkan orang ramai supaya kekal berwaspada terhadap sebarang bentuk penipuan, lebih-lebih lagi ketika musim perjalanan sibuk.

Pendek kata, kalau nampak nombor pelik konon “customer service AirAsia”, jangan terus percaya. Semak dulu, baru bertindak. Scammer sekarang pun makin kreatif!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |