Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

5 hours ago 3

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya Ikut Rasa’ mempamerkan sebuah kisah menyentuh hati yang mengangkat tema kesihatan mental, kasih sayang keluarga, penerimaan diri dan kekuatan menghadapi cabaran emosi.

Raya Ikut Rasa’ mengisahkan hubungan istimewa antara seorang nenek, Wan, dan cucunya, Kayla, yang bercita -cita untuk menjadi pencipta kandungan. Namun, impiannya tergugat apabila dia berdepan tekanan emosi akibat buli siber selepas berkongsi video masakan di media sosial.

Foto – Air Selangor

Menyedari perubahan pada diri Kayla yang semakin menyisihkan diri, Wan mengajaknya menghasilkan video masakan bersama sepanjang bulan Ramadan. Detik kebersamaan ini bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah membantu Kayla membina semula keyakinan dirinya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Video perayaan ini menampilkan pelakon Normalis Nordin (Kayla) dan Khatijah Tan (Wan). Malah turut dibintangi Louisa Chong dan Sukania Venugopal, yang menghidupkan lagi kisah menyentuh hati tentang kesihatan mental, keyakinan diri, sokongan keluarga dan penerimaan diri dalam berdepan buli siber.

Foto – Air Selangor

‘Raya Ikut Rasa’ turut mengetengahkan realiti buli siber yang boleh menjejaskan keyakinan diri, khususnya dalam kalangan generasi muda. Menerusi kisah Kayla dan Wan, video ini mengingatkan sokongan keluarga dan kebaikan yang dikongsi bersama mampu membantu seseorang kembali bangkit. Mesej itu juga selari dengan semangat Hari Raya Aidilfitri yang menekankan nilai kebersamaan, kemaafan dan keikhlasan.

YouTube video

Video pendek ‘Raya Ikut Rasa’ kini boleh ditonton di hydrohub.airselangor.com serta laman media sosial rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan YouTube.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |