Pelakon Abby Abadi, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, kembali mencuri perhatian selepas tampil mempersoalkan sikap seorang lelaki yang mendakwa rasa cintanya terhadap sang isteri semakin pudar.
Untuk makluman, seorang lelaki telah memuat naik sebuah hantaran di platform Threads. Dalam hantarannya itu, lelaki berkenaan mendakwa dirinya tidak lagi merasai perasaan cinta terhadap sang isteri.
Pada masa yang sama, dia turut akui menyimpan perasaan terhadap wanita lain dan meminta pendapat warganet tentang cara untuk memberitahu sang isteri mengenai perkara tersebut.
Foto – @user00075451 (Threads)Membalas hantaran tersebut, Abby tidak dapat dapat menyembunyikan perasaan kecewanya. Akuinya, hantaran lelaki berkenaan seolah-olah tidak menghargai pengorbanan sang isteri dalam rumah tangga. Bukan itu sahaja, Abby juga menyifatkan bahawa tindakan mahu memasang niat untuk berkahwin lain sebagai sesuatu yang tidak wajar.
“Anak baru setahun, isteri jaga makan minum pun tak tahu bersyukur. Baru je kot kahwin, dah tak cinta? Pastu niat nak kahwin 2 tu dah jadi lain cerita pulak zaman sekarang ni ye. Semudah itu?”
Tak dinafikan hantaran Abby tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, termasuklah adalah yang bersetuju dengan pendapatnya mengenai situasi berkenaan.

4 hours ago
4

![[VIDEO] Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok?-“Tahniah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/88498868-7975-464f-a0b1-5e3e93542fda.webp)






































![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)

![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)






