Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

15 hours ago 7

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham di media sosial.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul manan menerusi hantaran di Thread, turut memberi penjelasan terhadap kenyataan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang menyatakan dia mengadakan pertemuan dengan pihak Marissa berkali-kali sedangkan Abby menegaskan mereka hanya berjumpa sebanyak dua kali.

“Minta pihak mana buat laporan polis tu? Macam tuju kat saya je. Tulis dah berkali-kali jumpa. 2 kali je jumpa. Satu masa awal-awal tahu Aslam dengan anak saya berhubung, satu lagi lepas tahu nikah di Thailand.

Berkali-kali cakap tu berapa kali? Salah memang salah pun anak saya masuk dalam hubungan ni, tapi janganlah berlebihan mereka-reka cerita. Benda takde jangan diada-adakan.”-tegas Abby di Thread

“Dari Awal Hal Aslam Dan Marissa Ni Saya…”

Tambahnya lagi, dia dari awal tidak memetik nama Umisya kerana dia memahami isteri pertama Aslam pasti rasa terluka dengan apa yang berlaku.

“Dari awal hal Aslam dan Marissa ni saya tak pernah & langsung tak sebut pun tentang isterinya, sebab saya memang tak nak cakap apa-apa tentang belah sana. Sebab saya tahu dia tentu terluka dengan apa yang berlaku.

Tapi bila jadi hal ni, bila Aslam dan Marissa teruskan juga sampai nikah di Thailand, saya berbunyi juga. Tak backing pun anak saya sebab tahu dia sangat-sangat salah sebab masuk dalam rumah tangga orang! Saya cuba tarik anak saya tapi tak berjaya.

Sudahnya apa jadi lepas 2 tahun? Sebab anak saya nak sangat dekat Aslam tu, yang saya pun tak tahu sebabnya. Saya biarkan 2 tahun berlalu begitu saja. Tup tuk keluar pula cerita turun naik mahkamah tentang lafaz cerai rujuk, cerai rujuk. Apa tuuu??.”-tulis Abby lagi

Sekadar info, Marissa Dania bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |