Abby Abadi Beri Pesanan Buat Marissa Isu Dua Kali Lafaz Cerai Luar Mahkamah-“Anak Mama Kuat..”

8 hours ago 7

Pelakon, Abby Abadi menitipkan pesanan buat anak perempuannya, Marissa Dania yang hadir bersama Ahmad Aslam di mahkamah bagi prosedur tuntutan pengesahan lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk mereka, hari ini.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Threads, yang turut memuatnaik beberapa foto Marissa itu turut menitipkan pesanan bahawa kesilapan bukan bermakna gagal, namun itulah tanda sedang belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi milik ALLAH ini. Bagi peluang utk diri merasa nikmat kehidupan yang ALLAH anugerahkan 😘

Kalau hari ini Adik belum faham erti hidup, takpe..yang penting terus belajar. Jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tapi buat bila sesuatu itu memberi ‘nilai’ untuk hidup Adik.

Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tapi pada jiwa & hati yang tenang…
Nasihat Mama:Adik baru 20thn. Kesilapan itu bkn mkna Adik gagal.Itu tanda sedang belajar jadi manusia yg lebih baik &matang.Anak Mama kuat!.”-tulis Abby di Threads

“Dah La Nikah Luar Malaysia, Dengan Tiada Pengesahan Sijil Nikahnya..”

Dalam pada itu, Abby turut menggesa pihak Mahkamah untuk mengambil tindakan kepada para pihak lelaki terhadap isu terlibat selepas Aslam disahkan telah melafazkan dua kali lafaz cerai terhadap anaknya, namun mereka tidak mempunyai sijil nikah kerana bernikah di luar Malaysia.

“Tolonglah Mahkamah Syariah di Malaysia, isu-isu macam ni tak boleh nak bertindak apa-apa ke untuk bagi pengajaran pada pihak lelaki? Dah la nikah luar Malaysia, dengan tiada pengesahan sijil nikahnya.

Dah 2 tahun dah, buat pihak perempuan je dipandang hina. Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia bila lelaki perangai macam ni? Sesuka hati nak buat apa pun. Kalau mak bapak bertindak kang, takut mak bapak pulak yang ke dalam.”-tulis Abby lagi

Sekadar info, Marissa Dania bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

The post Abby Abadi Beri Pesanan Buat Marissa Isu Dua Kali Lafaz Cerai Luar Mahkamah-“Anak Mama Kuat..” appeared first on Murai MY.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |