Abby Abadi Berang Dengan Anak Saudara Norman Hakim- “Punya Jahat Mulut”

14 hours ago 8

Nampaknya kemelut keluarga pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim tiada penghujungnya. Kali ini mereka terus menjadi perhatian selepas Abby meluahkan rasa terkilannya terhadap dakwaan anak saudara Norman.

Menerusi kongsiannya di platform Instagram dan juga Threads, Abby mendakwa bahawa anak saudara Norman, yang dikenali dengan nama Nana Syahqilla bersikap kurang ajar dan cuba memutarbelitkan fakta.

“Punya jahat mulut anak saudara Norman Hakim ni. Masa aku sara anak-anak dulu, satu keturunan kau pun takde datang tanya khabar. Beras pun tak pernah bagi, sesen pun tak pernah hulur, sekarang nak kurang ajar.”

Dalam hantaran seterusnya, Abby turut menyelar sikap Nana yang cuba menyalahkan dirinya tanpa mengetahui hal sebenar.

“Kau nak buktikan apa sebenarnya? Aku ada sebut nama kau ke? Sekarang isunya apa? Sibuk nak burukkan aku sebab aku cakap aku yang sambut anak aku dalam kereta tu. Cuba baca balik bagi faham pakai otak bilanya aku cakap aku sorang-sorang?”

Abby turut menjelaskan semula kisah kelahiran anaknya yang pernah menjadi bualan ramai. Menurutnya, dakwaan itu tidak benar dan bekas suaminya ada bersamanya ketika melahirkan bayi.

“Kan tulis pakcik kau yang dah lama tak balik rumah masa tu, kebetulan balik hari sakit nak bersalin tu. Jadi bila sakit tu, dialah bawah kereta, tapi aku duduk sebelah tu, sakit teran sendiri dan baby tu keluar sendiri je. Yang kau pusing-pusing ke lain tu pasal apa? Nak spill macam-macam lagi nak burukkan aku tu dah kenapa?”

Dalam pada masa yang sama, Abby menegaskan bahawa dia telah menanggung perbelanjaan dan keperluan anak-anaknya sendiri tanpa bantuan bekas suaminya.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |