Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian budaya, dan kini adidas tampil dengan cara unik untuk meraikannya. Peranakan Collection menggabungkan warisan Peranakan yang kaya dengan seni dan corak dengan gaya streetwear moden membuatkan fesyen tradisi boleh digayakan oleh semua generasi.
1. Warisan Peranakan Hidup Dalam Gaya Moden
Koleksi ini diinspirasikan daripada seni dan budaya Peranakan dari manik halus, corak jubin klasik, sulaman terperinci hingga motif simbolik. Semua elemen diolah semula jadi streetwear moden, membuktikan bahawa warisan bukan hanya untuk dikenang, tetapi boleh terus berkembang mengikut zaman.
2. Kasut Ikonik Handball Spezial Kembali
Model klasik dari era 70-an ini tampil semula dengan nafas baharu. Siluet T-toe klasik dikekalkan, namun diperkaya dengan rekaan berinspirasikan Peranakan jalur kulit retro dan perincian halus yang menyatukan elemen sukan dengan seni budaya.
3. T-Shirt Grafik Penuh Identiti
T-shirt cotton koleksi ini menampilkan reka bentuk minimal di hadapan, manakala bahagian belakang dihiasi grafik yang diinspirasikan daripada setem Peranakan. Ikon budaya seperti kebaya, kasut manik, tiffin carrier dan motif porselin turut dipaparkan, menjadikan ia satu statement fesyen yang unik.
4. Tote Bag Praktikal dan Stylish
Tote bag kanvas tahan lasak direka dua sisi, satu dengan logo Trefoil ikonik dan satu lagi ilustrasi kabinet berinspirasikan Peranakan. Sesuai untuk kegunaan harian, tetapi tetap bergaya.
5. Aksesori Kreatif Untuk Sentuhan Peribadi
Pin dan charm khas dengan motif Peranakan membolehkan pemakai menambah elemen playful dan personalisasi pada pakaian atau aksesori masing-masing, menjadikan setiap helai koleksi lebih unik.
Koleksi Peranakan Collection mula tersedia pada 20 Mac di stor terpilih adidas dan secara dalam talian.
Dengan koleksi ini, adidas Malaysia bukan sahaja meraikan warisan budaya, tetapi juga membuktikan bahawa fesyen tradisi boleh hidup semula dengan cara yang moden, kreatif, dan sesuai untuk gaya harian kita. Kalau korang peminat streetwear tapi mahu sentuhan budaya, koleksi ini memang wajib masuk dalam radar!

4 hours ago
3







































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)

![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)

![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


