Malaysia sememangnya terkenal dengan landskap seni bina Islamik yang memukau, menggabungkan warisan tradisi dan sentuhan moden.
Rumah-rumah ibadat ini bukan sahaja dipenuhi ketenangan, malah menjadi lokasi pilihan pengunjung yang ingin menikmati keindahan arkitek bernilai tinggi.
Dengan etika pemakaian yang sopan serta mematuhi adab memasuki masjid, para pengunjung dapat merasai suasana damai yang ditawarkan.
Masjid Putra, Putrajaya
via pexels/@Zukiman MohamadMenjadi ikon utama Putrajaya, Masjid Putra cukup dikenali dengan kubah granit berona merah jambu yang mempesona. Keindahannya terserlah ketika disinari cahaya matahari yang memantul ke permukaan tasik Putrajaya.
Masjid ini menggabungkan elemen seni bina Parsi, Timur Tengah dan Melayu. Menjadikannya antara struktur paling unik di Malaysia. Ruang solatnya yang luas pula mampu menampung sehingga 15,000 jemaah, lengkap dengan ukiran khat yang halus dan menenangkan.
Masjid Negara, Kuala Lumpur
via Unsplash/@thesimpletravelTerletak di tengah ibu kota, Masjid Negara berdiri megah sebagai simbol kemerdekaan negara. Rekaan kubah berbentuk bintang 16 penjuru menyerupai payung terbuka menjadikannya mudah dikenali dari jauh.
Dikelilingi taman hijau, kolam refleksi dan laluan berteduh, masjid ini menawarkan gabungan ketenangan serta keanggunan moden. Menara yang menjulang tinggi turut menjadikan Masjid Negara antara mercu tanda paling ikonik di Kuala Lumpur.
Masjid Kristal, Kuala Terengganu
via Wikipedia /@The DoctorMasjid Kristal sering menjadi tumpuan kerana struktur uniknya yang diperbuat daripada kaca, keluli dan kristal. Keindahan masjid ini semakin terserlah pada waktu malam apabila ia diserikan dengan pancaran cahaya berwarna-warni.
Terletak dalam kawasan Taman Tamadun Islam, masjid ini menampilkan gabungan gaya Moor dan Gothic, memberikan aura elegan yang jarang ditemui pada masjid moden.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
via Wikipedia/@AlgazelLebih dikenali sebagai Masjid Biru, ia menampilkan kubah biru gergasi yang merupakan antara terbesar di Asia Tenggara.
Seni kaligrafi aluminium yang mengelilingi kubah dan dinding masjid menambahkan lagi nilai estetika struktur ini. Dengan kapasiti sehingga 24,000 jemaah, masjid ini menonjol melalui gabungan reka bentuk moden dan elemen tradisional Islam yang gah dan berwibawa.
Masjid Jamek, Kuala Lumpur
via Wikipedia/ @GrayswoodsurreySebagai salah satu masjid tertua di Kuala Lumpur, Masjid Jamek menawarkan suasana sejarah yang mendalam. Dibina pada 1909, ia memaparkan seni bina Moorish dengan gabungan bata merah, kubah putih dan lengkungan simetri yang memukau.
Terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, masjid ini menjadi lokasi menarik untuk melihat perbandingan anatara nilai sejarah dan pembangunan metropolis masa kini.
Untuk pengalaman terbaik, kunjungi masjid-masjid ini di luar waktu solat bagi mengelakkan kesesakan serta mengambil peluang mengikuti sesi lawatan berpandu jika disediakan.
Banyak daripada masjid-masjid ini berdekatan dengan tarikan pelancongan lain seperti taman-taman bandar, muzium dan pusat beli belah. Sesuai untuk melengkapkan itinerari harian anda.
Jika anda seorang pencinta seni bina atau pengembara yang mencari ketenangan, lima masjid ini wajib berada dalam senarai perjalanan anda. Selain indah dipandang, ia turut mencerminkan kehalusan budaya dan identiti Malaysia yang penuh pesona.

20 hours ago
8


![[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- “Ni Pocong La Sebenarnya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/8-2.jpg)






![[VIDEO] Lelaki ‘Serang’ Ariana Grande Dihalau Dari Konsert Lady Gaga- “Saya Diusir Sebelum Show”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-2.jpg)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)












![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)








![[VIDEO] Ahmad Dayyan Beri Bunga Kepada Talita, Reaksi Shuib Undang Curhat Warganet](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-34.jpg)
![[VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-32.jpg)




