[VIDEO] Johan Ghazali Tempelak Netizen: “Bukan Salah Aku Muka Kau Macam Katak, B*bi…”

6 hours ago 4

Siapa sangka, bukan saja di gelanggang, di media sosial pun Johan Ghazali masih ada “punch” yang padu. Baru-baru ini, ketika buat live santai-santai, suasana tiba-tiba jadi panas bila ada netizen yang mula komen bukan-bukan.

Ada yang dengan selamba mendakwa Johan hanya popular sebab muka dia yang hensem, bukan sebab bakat. Haa, yang ni terus buat Johan ‘naik ring’ depan kamera!

Dengan muka bengang level Muay Thai final round, Johan balas dengan kata-kata yang memang padu dan ya, agak pedas:

“Ba**bi, bukan salah aku muka kau tak handsome.”

Bukan setakat tu je, dia tambah lagi sambil ulang-ulang macam combo serangan:

“Bukan salah aku muka kau macam katak, ba**bi.”

Waduh, padu! Walaupun agak kasar (dan bikin ramai terkedu), jelas Johan nak bagi ‘wake-up call’ supaya netizen berhenti banding-banding dan merendahkan orang lain.

Tapi biasalah, bila dah macam ni, ada juga yang kurang senang. Seorang netizen sempat balas:

“Perangai macam ni yang buat orang menyampah sebenarnya.”

Dari pandangan kami di Murai, sebenarnya kedua-dua pihak pun ada silap sikit. Netizen pun janganlah jadi keyboard warrior macam tengah sparring, asyik kutuk rupa orang. Dan Johan pula ya, kami faham awak muda, darah panas, mungkin lepas ni boleh ‘adjust’ tone sikit supaya lebih cool.

Tapi kami tak salahkan Johan 100%. Bayangkan tengah seronok baca komen, tiba-tiba kena sound, “kau bukan hebat pun, cuma hensem je”. Siapa tak naik darah, kan?

Jadi, untuk semua pihak: kalau rasa muka orang lain lebih hensem, jangan marah dia, itu bukan salah dia. Dan untuk Johan, jangan lupa, kadang-kadang diam tu juga satu teknik ‘counter’ yang paling tajam.

Akhir kata, bak kata Johan sendiri (dengan versi lebih sopan sikit):

“Bukan salah aku kalau kau tak handsome, bro. Chill lah!”

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |