[VIDEO] Iqie insomniacks Nyanyi Dangdut Buatkan Peminat Teruja-“Introvert Dia Dah Hilang”

6 hours ago 5

Syed Mir Iqbal, lebih dikenali sebagai Iqie, ialah vokalis utama dan gitaris kumpulan pop rock Malaysia, Insomniacks, yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 3 Jun 1997 di Kuala Lumpur, Iqie memulakan kerjaya muzik bersama Insomniacks, yang ditubuhkan pada 2015 bersama rakan sekolahnya, Danial Lee Hashim. Kumpulan ini mendapat perhatian melalui single kedua mereka, “Pulang” (2018), yang menduduki carta RIM Malaysia selama 185 minggu.

Iqie, yang juga dikenali sebagai Balo dalam kolektif muzik Distorted, menyerlah dengan gaya unik dan personaliti bebas, mengambil inspirasi daripada kumpulan seperti 5 Seconds of Summer dan Fall Out Boy. Selain muzik, beliau terkenal dengan pendekatan berani terhadap fesyen dan sikap tidak mengejar kemasyhuran, sebaliknya membiarkan kejayaan datang kepadanya.

“Dia Buang Intovert Bila Dengan Peminat Masa Konsert Tu, Nanti Balik Rumah Jadi Introvert Balik Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cgairy yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 193 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 63 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Iqie yang menyanyikan lagu terakhir dari Suffian Suhaimi, dimana beliau menyanyikan lagu tersebut dengan versi dangdut.

@cgairy

dia mai ngn dangdut 🕺🏻@Insomniacks MY #insomniacks #EchoesOfADream #terakhir #iqieinsomniacks

♬ original sound – Sir Airy – Sir Airy

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka bangga dengan Iqie yang sanggup buang rasa introvert semasa konsert tersebut demi menghiburkan peminat yang hadir. Tambah mereka lagi, Insomniacks perlu membuat konsert dua malam atau membesarkan tempat konsert tersebut kerana masih ramai yang tidak membeli tiket konsertnya  itu.

Apa-apa pun, semoga kumpulan Insomniacks berkembang dengan lebih maju serta semoga mempunyai peminat yang ramai dari serata dunia.

Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |