Penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu melihat kejayaan anak lelakinya, Ayden Adrean yang telah menyertai dan berjaya menamatkan triathlon pada usia 8 tahun di Forest City Triathlon, Johor baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Ayden yang baru berusia 8 tahun itu menyertai kategori Super Sprint, di mana dia perlu berenang sejauh 300 meter, berbasikal 10 kilometer, dan berlari 2 kilometer.
Tambah Bella, dia berasa bangga dengan semangat anak lelakinya yang berjaya menamatkan perlumbaan tanpa rasa putus asa.
“My little champ 💛pada usia 8 tahun (kalau mummy yang berenang tu mungkin tak timbul sudah), Ayden sertai Forest City Triathlon dan berjaya mendapat tempat ke-3 (7-9 tahun) Alhamdulillah 🤲🏻.
Lebih dari sekeping pingat. Saya bangga dengan semangatnya. Berkongsi video ini kerana saya mahu anda lihat semangatnya. Terima kasih YB Syed Saddiq dan Jack sebab teman Ayden dan merakam kenangan yang saya akan simpan selamanya 🥹🙏🏻.”-kongsi Bella Astillah di Instagram
Netizen Kagum!
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen menitipkan ucapan tahniah buat Ayden , malah ramai yang berkongsi rasa kagum dengan semangat juang anak lelaki Bella ini biarpun baru berusia 8 tahun.
“Well done little IronMan!.”-Aliff Satar
“Luar biasa semangat Ayden.”
“Tahniah Ayden, dia bertemu figura bapa yang lama dia nak cari, terima kasih kepada YB bagi Ayden menumpang kasih dan semangat. Kalau aunty lah Ayden, mampu jadi pelampung gi je kat Ayden kat kolam tu terapung je takde finish line.”
“Betapa penting figura seorang seorang bapa dalam hidup anak, membentuk jati diri anak.”
“Sangat hebat la Ayden ni walaupun baru umur 8 tahun. Kuat betul semangat dia.”
“SS beri impak positif kepada Ayden! Well done lil man!.”
“Alamak dia lari pace berapa ni. Laju siak.”
Sekadar info, Ayden Adrean merupakan anak lelaki kepada Bella Astillah dan Aliff Aziz yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Namun mereka membuat keputusan untuk berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024 selepas Aliff ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Ruhainies pada Mac lalu.
Selain Ayden, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan, Ara Adreanna.

1 day ago
9





![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Anak Normah Damanhuri Beri Kejutan ‘Renovasi’ Bilik Baharu, Netizen Terharu!-“Doa Mak Yang Mahal Tu..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/bbc5d8ca-22f1-4372-adc8-476120d6a468.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-6.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza Menangis Ketika Menyanyi Buatkan Ramai Sebak Melihatnya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-7.jpg)






![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)














![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)


![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)


![[VIDEO] Amira Othman Kongsi Gelagat Fattah Amin Buat Trend TikTok, Curi Perhatian Netizen!-“Aneh-Aneh Sekarang…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/17acb579-f825-474c-a1ac-182bad4abf61-1.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Juliana Evans & Anak Perempuannya Masak Telur Guna ‘Air Fryer’ Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-19.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-Zoom-Virtual-Background-2.jpg)