Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Aali Mateen yang terberak di dalam kolam renang di kediaman mereka, baru-baru ini.
Ayda Jebat, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan keadaan kolam renang mereka serta gelagat Dedek yang mengamuk mahu mandi lagi di dalam kolam renang mereka itu.
“Ketulan taik dalam kolam 😅🤣.
Gais Aali nak mandi lagi padahal dah berak dalam swimming pool🤣.”-kongsi Ayda Jebat di TikTok
@aydajebatKetulan taik dalam kolam 😅🤣
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
“Cakap Anak Berak Dalam Kolam Terus Bangun..”
Perkongsian Ayda dibanjiri dengan komen-komen netizen yang rata-ratanya lebih terhibur melihat reaksi suaminya, Nabil Mahir yang terpinga-pinga bangun dari tidur selepas diberitahu ‘insiden’ tersebut.
“Budak-budak memang gitu, kalau diorang sembelit bagi je berendam mesti poopoo.”
“Auto aku mengekek weyh, sebab kisahnya sama ngan anak aku dulu berak dalam kolam juga taik ketul-ketul 😂😂.”
“Dok sayang-sayang, bie tak bangun-bangun. Cakap anak berak dalam kolam terus bangun 😂.”
“Aku ingat kan kolam budak yang pasang sendiri tu. Kalau ini jenuhh.”
“Auto laju rohnya masuk 🤣🤣.”
“Laki dia dengar pun dah penat.”
“Dahla bangun terpaksa kena paksa pikir solution pula tu 🤣.”
“Terkejut member tu tu dengar anak berak dalam kolam 🤣.”
“Nak kena menyelam ambil taik tu satu hal pulak. Kalau dapat selam tangan je takpelah jugak 🤣🤣 Ini aku dah boleh bayangkan kena selam ambik tahi tu.”
“Wey geli tapi terpaksa buat 🤣 Tapi takkan takde saluran buangkan air dalam kolam tu kan?.”
Sekadar info, Ayda Jebat mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen.