Satu hantaran video di Tiktok milik DJ Nazz menjadi perhatian warga net.
Dalam video tersebut, DJ Nazz seperti biasa akan mengadakan sesi “Pasang Badan” bersama dengan selebriti ataupun personaliti untuk ditanyakan mengenai pemakaian mereka.
Koleksi Jam Tangan Jadi Perhatian
via Tiktok DJ NazzKali ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang mencuri perhatian warganet, bukan kerana ceramah agamanya, tetapi melalui perkongsian mengenai gaya pemakaian dan koleksi jam tangannya.
Antara yang paling menarik perhatian adalah jam tangan yang dipakainya, iaitu jenama Oris.
Katanya, jam itu dibeli di Pertama Kompleks pada harga sekitar 1,200 dolar bersamaan kira-kira RM8,800.
Jam saya ini murah sahaja, beli dekat Pertama Kompleks tingkat atas.
Saya suka jam automatik sebab bila tak pakai, ia akan berhenti. Saya suka jam jenis macam tu.
Ustaz Azhar juga mendedahkan bahawa beliau merupakan pengumpul jam tangan, namun lebih cenderung kepada jam yang dianggap ‘mampu milik’ oleh beliau.
Menurutnya, kategori harga jam juga ada tahapnya.
Saya ni collector jam, tapi semuanya jam murah.
Kalau RM10,000 ke bawah, itu jam murah.
RM10,000 sampai RM100,000 jam sederhana, dan kalau lebih RM100,000 itu baru jam mahal.
Katanya lagi, jika beliau berkenan dengan sesebuah jam tangan dan harganya dalam lingkungan RM2,000 ke RM3,000, beliau akan membelinya, tetapi bergantung kepada kemampuan kewangan pada waktu itu.
Kongsi Falsafah Berpakaian
via Tiktok DJ NazzSelain berkongsi tentang koleksi jam, Ustaz Azhar turut menyentuh soal falsafahnya dalam berpakaian.
Beliau menekankan bahawa dalam memilih pakaian, keutamaan utama adalah menepati syariah, kemudian barulah mengikut cita rasa sendiri.
Paling penting, pakaian kita kena ikut syariah.
Lepas tu, baru kita pakai apa yang kita suka.
Kalau nak pakai mahal tak ada masalah, asalkan jangan lupa sedekah.
Jangan semua mahal untuk diri kita saja.
Menurutnya lagi, walaupun kita berbelanja untuk diri sendiri, jangan abaikan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum dan hormat terhadap prinsip Ustaz Azhar yang sentiasa mengutamakan amalan sedekah dan kesederhanaan dalam hidup.
Sikap rendah diri dan jujurnya nyata memberi inspirasi kepada ramai.

3 months ago
134















![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)












![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)

![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
