Samsung ‘The Aye Train’ Gegar MRT KL, Dengar ‘Aye’, Menang Tablet!

20 hours ago 10

Belum pun reda dengan kecoh pengumuman drama TV baru minggu lepas, Samsung Malaysia tiba-tiba muncul dengan kejutan baru di Kuala Lumpur! Mulai hari ini, 10 tren MRT sekitar KL tampil dengan wajah baru, penuh dengan balutan iklan Galaxy A. Nama kempen ini? The Aye Train.

Bayangkan naik MRT dan seluruh tren dipenuhi warna-warna ceria Galaxy A, memang tak boleh terlepas pandang.

Bukan setakat hiasan tren je, Samsung juga lancarkan cabaran interaktif ‘AYE Heard That!’. Mudah sahaja nak join, dengar betul-betul sepanjang perjalanan, dan kira berapa kali perkataan “Aye” kedengaran. Dah dapat jawapan? Terus scan QR code yang ada dalam tren, dan hantar jawapan di media sosial Samsung Malaysia.

Yang paling best , 30 unit Samsung Galaxy Tab S9 FE+ (256GB) tengah menanti pemenang bertuah! Jangan lupa gunakan hashtag rasmi:
#AYEHeardThat #KitaPilihAYE #GalaxyA56 dan follow @SamsungMalaysia di Instagram.

Sepanjang kempen ini, Samsung mahu highlight dua model terbaru: Galaxy A56 dan Galaxy A36. Kedua-duanya datang dengan teknologi Awesome Intelligence (AI), kamera power, bateri tahan lama dan ciri keselamatan Knox Vault. Malah, ada juga Samsung Wallet untuk pembayaran mudah dan simpan kad secara digital.

Senang cerita, Samsung bawa ciri-ciri premium flagship… tapi dalam pakej harga yang lebih mampu milik.

Jadi kalau korang naik MRT lepas ni… buka telinga luas-luas. Mana tahu rezeki menang tablet!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |