Raja Atiq Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri-“Peliharalah Isteri & Anakku..”

8 hours ago 6

Pelakon, Raja Atiq menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir isterinya, Alia Natasha dalam satu hantaran di media sosial, baru-baru ini.

Raja Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah menerusi hantaran di Instagram, turut menyatakan bahawa hadiah ulang tahun kali ini bukan sahaja cintanya, tetapi amanah yang paling berharga iaitu zuriat yang kini berada di dalam kandungan isterinya itu.

“Happy Birthday Sayang 🎉 wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku.

Tahun ni hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga, zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang.

Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang.”-tulis Atiq di Instagram

Mohon Doa Isteri & Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan

Dalam pada itu, pelakon drama siri Nur ini turut menitipkan doa agar isteri serta bayi di dalam kandungan itu berada dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan sehingga hari bersalin.

“Ya Allah aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmat-Mu. Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur.

Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu. Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti 🤍 I love You ❣️.”-titip Atiq buat isteri

Dibanjiri Ucapan & Doa

Di ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir serta doa buat isterinya agar segala urusan untuk bersalin dipermudahkan kelak.

“Tahniah Atiq & wifey semoga dipermudahkan segala urusan Aaminn. Happy birthday semoga panjang umur dimurahkan rezeki selalu ❤️😍.”

“Syukur Alhamdulillah, tahniah.”

“Congratulation guys ❤️ 🎉.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.”

Sekadar info, Raja Atiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |