Setelah lama menyepi dari dunia seni, penyanyi pop rock Iskandar Zulkarnain, bekas vokalis Projektor Band, kini muncul semula dengan single solo terbarunya bertajuk Sewaktu Bahagia.
Fasa Baru Dalam Perjalanan Seni
via Luncai EmasLagu ini diterbitkan di bawah label terkenal, Luncai Emas, menandakan fasa baharu dalam perjalanan seninya.
Sewaktu Bahagia adalah sebuah karya yang lahir daripada kisah benar yang menyentuh hati, hasil ciptaan komposer Aidil AF dan Jeremy Erskine.
Kedua-dua penulis lagu ini pernah melalui kekecewaan cinta, yang diluahkan dengan jujur dalam lirik seperti “kau berubah tanpa ku sedar, kau hancurkan sewaktu bahagia”.
Melodi yang syahdu dan lirik yang mendalam menjadikan lagu ini penuh emosi dan dekat dengan perasaan pendengar.
Simbol Kebangkitan
via Luncai EmasPertemuan antara Aidil dan Iskandar berlaku secara kebetulan apabila Nabil, sepupu Iskandar, menyampaikan hasrat Iskandar untuk kembali aktif dalam industri muzik.
Aidil segera memperkenalkan Iskandar kepada Luncai Emas, dan kerjasama bermakna ini pun terjalin.
Iskandar, yang sebelum ini dikenali dengan vokalnya yang penuh emosi, menyatakan rasa syukurnya kerana dapat bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Aidil AF dan Dato’ M. Nasir.
Lagu ini bukan hanya kisah peribadi, tetapi juga simbol kebangkitan saya dalam industri muzik
Harapan besar turut disandarkan pada Sewaktu Bahagia, yang diimpikan Iskandar sebagai lagu evergreen yang terus relevan merentasi generasi.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada peminat yang setia menyokongnya selama ini.
Sentuhan Dato’ M. Nasir
via Luncai EmasLagu ini diterbitkan oleh Hidayat Nasir, seorang penerbit muda dan ahli kumpulan Pitahati.
Bagi Hidayat, peluang menerbitkan lagu ini adalah penghormatan besar. Beliau turut menyatakan bahawa antara cabaran utamanya adalah memastikan lagu ini sesuai dengan identiti maskulin Iskandar.
Turut terlibat dalam produksi adalah Zahar (gitar), Faliq Mohd (jurutera bunyi) dan Ujang dari kumpulan Exist (drum).
Sentuhan akhir lagu ini juga diperkemaskan dengan bimbingan legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir, yang banyak membantu Iskandar menyampaikan lagu dengan penuh penghayatan.
Video lirik Sewaktu Bahagia dijadualkan dilancarkan pada 25 Julai 2025 di saluran YouTube Luncai Emas, berserta audio rasmi di semua platform digital.
Lagu ini menjadi simbol semangat baru dan harapan segar buat Iskandar Zulkarnain dalam meneruskan langkah seninya.

3 months ago
135















![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)












![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)

![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
