Google baru-baru ini mengumumkan penyertaan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum) dalam Program Priority Flagger Google dan YouTube.
Mewujudkan Persekitaran Yang Lebih Selamat
Langkah ini merupakan satu usaha penting dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab, khususnya di Malaysia.
Program Priority Flagger merupakan inisiatif Google yang memberi akses khas kepada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaporkan kandungan yang berpotensi melanggar dasar Google atau menimbulkan isu di platform seperti YouTube.
Melalui program ini, laporan daripada organisasi yang terlibat akan diberi keutamaan untuk semakan kerana mereka diiktiraf mempunyai tahap kepakaran yang tinggi dalam menilai kandungan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Dibawah MCMC
via Content ForumContent Forum, yang beroperasi di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), ialah sebuah badan industri kawal selia kendiri yang berperanan penting dalam mempromosikan amalan kandungan bertanggungjawab merentasi pelbagai platform digital.
Melalui penyertaan dalam program ini, Content Forum akan membantu mengenal pasti kandungan yang melanggar dasar dengan mempertimbangkan konteks budaya tempatan yang sering menjadi faktor penting dalam menilai kesesuaian kandungan dalam sesebuah negara.
Sebagai organisasi yang mengambil bahagian, Content Forum diberikan akses kepada saluran laporan khas yang mempercepatkan proses pemantauan dan tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan.
Selain itu, mereka juga berpeluang menyumbang maklum balas kepada Google dan YouTube dalam usaha menambah baik dasar kandungan yang sedia ada.
Memastikan Ekosistem Yang Lebih Selamat
via Content ForumFarhan S. Qureshi, Pengarah Negara Google Malaysia, menyatakan bahawa kerjasama ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Google untuk memastikan ekosistem digital kekal selamat.
Dengan melibatkan organisasi seperti Content Forum, kami menambah satu lapisan kepakaran tempatan yang amat penting, sekaligus membolehkan kami bertindak dengan lebih tepat dan relevan terhadap kandungan bermasalah.
Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood pula melihat penyertaan ini sebagai satu kemajuan besar dalam usaha memastikan keselamatan digital di Malaysia.
Ia membolehkan kami bergerak daripada sekadar berdialog kepada tindakan nyata, dengan tujuan untuk melindungi pengguna dan menyumbang kepada ekosistem digital yang lebih sihat.
Kerjasama antara Google dan Content Forum ini menunjukkan betapa pentingnya kolaborasi antara industri dan penyedia platform dalam menjaga keselamatan ruang digital, terutama dalam era di mana kandungan dalam talian boleh memberi impak besar kepada masyarakat.

3 months ago
65















![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)












![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)

![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
