Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menjadi perhatian apabila menerima kritikan daripada segelintir netizen yang mendakwa lakonannya dalam drama Mandul Bukan Pilihan tidak memberi kesan dan kurang penghayatan.
Disuruh Berehat Dari Dunia Lakonan
Kritikan tersebut mula tular selepas seorang pengguna memuat naik hantaran di platform Threads, menyatakan pendapat bahawa Ayda kurang sesuai membawakan watak tersebut.
Malah individu tersebut menyarankan agar beliau berehat daripada dunia lakonan serta memberi tumpuan kepada anak-anak di rumah.
Atas kejadian tersebut, Ayda tampil memberi respon terhadap kritikan tersebut dengan menyatakan rasa terkilan kerana komen negatif itu datang daripada seorang wanita bertudung yang pada pandangannya seharusnya menunjukkan akhlak yang lebih baik.
Tengok profil masing-masing, cantik, manis dan bertutup litup… tapi sayangnya.
Lebih menyedihkan, terdapat juga komen sinis yang menggesa Ayda berhenti berlakon dan menumpukan perhatian kepada keluarga.
Menjawab hal itu, Ayda menempelak semula kenyataan tersebut dengan nada tenang namun tegas.
Kalau suruh jaga anak itu, memang ramai yang jaga.
Jadi jangan risau. Hidup kami Alhamdulillah.
Lebih Berhati Hati Di Media Sosial
via Instagram Ayda JebatMenurut Ayda, setiap individu seharusnya lebih berhati-hati dalam berbicara dan menjaga hati serta perasaan orang lain.
Baginya, bukan sahaja tindakan yang perlu dijaga, malah tutur kata juga mencerminkan siapa diri seseorang.
Yang penting jaga hati, jaga mulut dan elakkan perasaan benci. Itu lebih utama.
Walaupun menerima kritikan, ramai juga peminat tampil mempertahankan Ayda, mengatakan lakonannya dalam drama tersebut menyentuh perasaan dan berjaya membawa mesej dengan baik.
Mereka menyifatkan serangan peribadi terhadap Ayda tidak wajar dan bersifat menjatuhkan semangat seorang anak seni yang sedang berusaha dalam kerjayanya.
Drama Mandul Bukan Pilihan yang disiarkan baru-baru ini membawa tema yang cukup sensitif dan berat, iaitu mengenai isu kesuburan dalam perkahwinan.
Watak yang dimainkan oleh Ayda memerlukan penghayatan emosi yang mendalam, sesuatu yang bukan mudah bagi mana-mana pelakon.
Ayda dilihat tetap positif menghadapi situasi ini dan terus berpegang kepada prinsip untuk melakukan yang terbaik dalam setiap karya yang dibintangi, sambil menasihatkan agar masyarakat lebih berhemah dalam memberi pandangan.

3 months ago
49















![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)












![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)

![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
