Jujur cakap, percutian singkat kali ini menyedarkan Murai betapa lamanya tiada momen ‘me time’ dan recharge tenaga dengan sebetul-betulnya. Percutian singkat tersebut tidaklah jauh mana dan hanya dalam Malaysia sahaja, iaitu di Temple Tree Langkawi.
Perjalanan ke Temple Tree hanya mengambil masa lebih kurang sejam tiga puluh minit, dengan menaiki kapal terbang di KLIA dan mengambil van atau Grab di Langkawi untuk ke resort.
Kehadiran Murai telah disambut dengan suasana yang damai, angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan hijau serta bunyi kicauan burung dan serangga. Bagi Murai, ini adalah keputusan tepat untuk self-healing, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan, dan larikan diri daripada hiruk-pikuk kota.
Foto – Arkib Miss MuraiApa yang membuatkan Murai tertarik dan memilih resort ini adalah, terdapat lebih kurang tujuh rumah asal dari negeri berbeza, dari Rumah Negeri Sembilan, Rumah Penang, Rumah Ipoh hingga ke Rumah Johor, semuanya dibawa khas dan dipasangkan semula. Yang lebih menarik, setiap rumah yang dibawa, semuanya berusia hampir seratus tahun. Bayangkan betapa banyak sejarah dan kisah di sebalik rumah-rumah tersebut.
Foto – Arkib Miss MuraiDi resort ini, Murai menginap di Rumah Johor- rumah yang mempunyai empat bilik besar dan dikatakan berusia sekitar 90 tahun. Suasananya sangat klasik, dilengkapi dengan jendela tinggi serta kayu-kayu lama yang menjadi lantai dan dinding.
Foto – Arkib Miss MuraiPada waktu malam, rasanya memang sangat sejuk tetapi pada waktu siang agak terasa bahang panasnya. Tetapi kamu jangan risau kerana walaupun rumahnya klasik, pihak resort ada pasangkan penghawa dingin.
Berbanding rumah lain, Rumah Johor ini dikatakan cepat sold-out kerana lokasi sangat strategik iaitu berhadapan dengan kolam utama, berhampiran Restoran Paloh dan juga spot terbaik untuk melihat matahari terbenam.
Foto – Arkib Miss MuraiSaranan Murai, jika kamu berpeluang untuk menempah salah satu bilik dalam Rumah Johor, cuba kamu buka pintu, duduk di sofa sambil menunggu matahari terbenam. Sememangnya satu pengalaman berharga yang tiada di tempat lain! Selain daripada itu, Murai hanya menghabiskan masa dengan membaca buku di tepi kolam, berjalan melihat rekaan rumah-rumah di sekitar resort, ambil gambar dan video, berendam dalam bath tub, berenang di kolam utama, menunggu matahari terbenam serta melihat bintang.
Cubalah tempah sekurang-kurangnya dua malam, dan percayalah kamu akan dapat rasa betapa segarnya badan serta ringan kepala selepas pulang daripada Temple Tree Langkawi!

1 month ago
40


![[VIDEO] Park Bo-gum Memukau Peminat Malaysia Dengan Baju Melayu](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-26.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)
























![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)
![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)


![[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/ba4ec978-7508-4fd9-841d-d182d5da1317-1.jpg)
![[VIDEO] Hands-On Galaxy Tab S10 FE+: Skrin Lagi Besar, Rasa Lagi Puas](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/20250520_182258.jpg)


![[VIDEO] Nilam Ortiz Kongsi Keadaan Jahitan Selepas Buang Silikon, Buat Netizen ‘Seram’!-“Seriau Pula Saya Tengok..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/e2734eef-db9a-4db0-a788-1fe33e202092-1.jpg)



![[VIDEO] Hannah Delisha Kongsi Momen Bercuti Di Maldives, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/649dd95a-1a5d-4722-9ff5-39216f9e2776-1.jpg)