Kalau kamu nak tahu, sound yang menduduki carta teratas di TikTok adalah “Is This Illegal” daripada Pinkpantheress. Sound yang menjadi trend ketika ini telah digunakan lebih daripada 800,000 pengguna TikTok termasuklah penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha.
Trend ini melibatkan dua individu, di mana mereka berjabat tangan sambil lipsync lirik dalam lagu tersebut dengan berjenaka menyerlahkan perbezaan gaya hidup mereka.
Di akaun peribadi TikTok Daiyan, penyanyi dan pelakon ini telah mengikuti trend “Is This Illegal” bersama penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Henry Moodie. Kedua-dua mereka dilihat begitu mesra sambil berjabat tangan.
@daiyantrisha22hi @Henry Moodie i’m really glad to meet you
Menerusi video dikongsi itu, Daiyan mengatakan dirinya dan Henry mempunyai persamaan dalam mencipta lagu iaitu menjadikan kisah kecewa serta patah hati mereka kepada lagu.
“POV: Anda berdua mengubah patah hati menjadi lagu”
Foto – @daiyantrisha22 (TikTok)Walaupun ramai yang gembira melihat interaction antaranya dan Henry, tetapi ada segelintirnya kurang senang melihat sikap Daiyan. Ini kerana mereka mengatakan Daiyan tidak menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengecam dan mengkritik Daiyan, beranggapan bahawa penyanyi dan pelakon itu tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam.
Foto – @daiyantrisha (IG)“Mekah Madinah mungkin tempat untuk bercuti sahaja bagi beliau”, komen @smollvirgo.
“Ya Allah, Doiyan mane batas”, komen @nadhirnasar_8.
“Memang takde batas ke cane?”, komen @m4nusia.12.
“Ya rasanya haram, kerana menyentuh antara satu sama lain”, komen @nuqmaninho.
“Hujung tahun pi umrah cuci dosa. Macam tu la ulang-ulang”, komen @mhd.rzm.
“Is this illegal? Hm macam kena je soalan tu”, komen @loqme9.
Ketika dikritik dan dikecam Daiyan sempat membalas komen seorang pengguna TikTok, mendedahkan dia mahu membawa Henry mencuba juadah nasi lemak di Malaysia.
Apa pendapat kamu?

1 month ago
37





![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Anak Normah Damanhuri Beri Kejutan ‘Renovasi’ Bilik Baharu, Netizen Terharu!-“Doa Mak Yang Mahal Tu..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/bbc5d8ca-22f1-4372-adc8-476120d6a468.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-6.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza Menangis Ketika Menyanyi Buatkan Ramai Sebak Melihatnya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-7.jpg)






![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)














![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)


![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)


![[VIDEO] Amira Othman Kongsi Gelagat Fattah Amin Buat Trend TikTok, Curi Perhatian Netizen!-“Aneh-Aneh Sekarang…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/17acb579-f825-474c-a1ac-182bad4abf61-1.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Juliana Evans & Anak Perempuannya Masak Telur Guna ‘Air Fryer’ Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-19.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-Zoom-Virtual-Background-2.jpg)