[VIDEO] Sharifah Zarina Tegur Tindakan Arrora Salwa-“Ini bukan caranya”

21 hours ago 9

Tindakan penyanyi Arrora Salwa yang memarahi anak tirinya, Ahmed Eshan Ahmed Mahfuz, 15, kerana tidak menyiapkan tugasan sekolah selepas bercuti hampir sebulan terus menjadi perbualan hangat netizen. Namun yang lebih mencuri perhatian, adalah teguran penuh makna daripada penyanyi Sharifah Zarina, bukan dalam kenyataan rasmi, tetapi menerusi ruangan komen!

Ya, tegurannya pendek tetapi cukup ‘deep’.

Bila video Arrora tular memaparkan dirinya membaling buku dan meninggikan suara kepada anak tiri sendiri, Sharifah Zarina meluahkan pandangannya:

“Ini lebih menjurus kepada penderaan mental. Tambah-tambah lagi bila viral. Mental dia akan terganggu dari dalam rumah sampailah ke luar. Ini bukan caranya.”

Beliau menegaskan bahawa penderaan mental tidak semestinya berlaku melalui kata-kata kesat atau kekasaran fizikal, tetapi juga boleh hadir dalam bentuk tekanan emosi berpanjangan, seperti rasa malu, rendah diri dan ketakutan apabila dipermalukan secara terbuka, lebih-lebih lagi dalam usia remaja yang sedang membentuk identiti diri.

Zarina turut mengingatkan bahawa apabila sesuatu perkara melibatkan maruah dan emosi anak, ia tidak sepatutnya dijadikan tontonan umum.

Netizen sepakat dengan kenyataan itu. Rata-rata menganggap tindakan memuat naik rakaman pertelingkahan sebegitu di media sosial bukan sahaja tidak wajar, malah boleh menjatuhkan maruah dan menjentik emosi remaja yang masih dalam fasa membina jati diri.

Anak-anak zaman sekarang bukan seperti dulu. Sekali tular, selamanya tinggal kesan. Kita marah, mereka diam tapi dalam diam itu, ada luka yang tak nampak dengan mata kasar.

@arrorasalwareal

JANGAN PERSOAL KENAPA BUKU TU TERBANG. INI BUKAN SOAL HORMAT ATAU TIDAK ILMU. Siapa paham, paham lah siapa tak paham, tak mengapa. Semua orang boleh jadi ibu. Tapi untuk mengalas tangungjawab sebagai pendidik itu bukan mudah. Kita lalui kesusahan dan kepahitan dalam hidup, sebagai orang tua, kita tak nak anak kita rasa & lalui apa kita rasa n lalui.. Saya post disini kerana disinilah saksi saya. Saya sebagai ibu tiri perlu bijak dalam segala hal. Saya mmg garang, saya mmg sangat tegas, tapi bila waktu bergurau, anak2x seolah lupa garang dan tegas seorang yang bergelar mommy si ibu tiri ini. #fyp #fpy #fypシ #fypmalaysia

♬ original sound – arrorasalwareal – arrorasalwareal

Dan bila buku simbol ilmu dibaling dalam keadaan marah, mesejnya bukan lagi mendidik. Ia boleh dilihat sebagai satu bentuk penghinaan terhadap proses pembelajaran itu sendiri.

Arrora Salwa, yang dikenali menerusi lagu popular “Ahmad” dan penyertaannya dalam program realiti seperti Gegar Vaganza, sebelum ini pernah berkongsi secara terbuka tentang pendekatan tegasnya dalam mendidik anak tiri.

Namun, pendekatan secara terbuka sebegini jelas mengundang persoalan dari segi etika keibubapaan dan batasan perkongsian di media sosial.

MURAI berpesan, marah itu perlu, tetapi biarlah secara berhemah dan tertutup. Anak-anak bukan konten, dan rasa hormat terhadap ilmu serta emosi mereka wajib dijaga.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |