Pertarungan antara Rodtang Jitmuangnon dan Takeru Segawa pada 23 Mac nanti di Saitama Super Arena, Jepun, dalam acara ONE 172 menjadi tumpuan peminat seni bela diri.
@elazmanArti dan Makna Baju melayu Warna Hitam @Elrahworldwide Warna hitam bukan sekadar warna, tetapi simbol dengan makna yang mendalam. Warna ini sering dikaitkan dengan kekuatan, keberanian, keanggunan, serta misteri. Namun, di sebalik kemegahannya, hitam juga dapat mewakili kesedihan, kesunyian, dan ketegasan. Penggunaan Warna Hitam dalam Seni dan Desain Dalam dunia seni dan desain, warna hitam digunakan untuk menciptakan kesan dramatis, elegan, dan misterius. Ia sering digunakan sebagai latar untuk menonjolkan elemen lain atau sebagai warna utama dalam konsep minimalis yang menekankan ketegasan dan keanggunan. Dari sudut psikologi, warna hitam memiliki dua sisi. Ia dapat memberi rasa kekuatan, keberanian, dan keyakinan, tetapi pada masa yang sama, juga dapat menimbulkan perasaan terisolasi, kesepian, dan keseriusan. Warna ini sering dikaitkan dengan otoritas dan ketegasan, menjadikannya pilihan utama dalam dunia fesyen, bisnis, dan branding eksklusif. warisan yang dipelihara, keperibadian yang diteguhkan, dan kebanggaan yang dibawa ke pentas dunia. Terima kasih @รถถัง จิตรเมืองนนท์ merealisasikan impian saya di mata dunia untuk BAJU MALAYU
♬ original sound – El Azman – El Azman
Sesi Face-Off yang diadakan baru-baru ini menambahkan keterujaan, namun perhatian ramai lebih tertumpu pada penampilan luar biasa Rodtang. Juara ONE Championship ini tampil segak dengan baju Melayu hitam lengkap dengan samping, mencuri perhatian peminat dan media.
Rodtang menjelaskan pemilihannya untuk mengenakan baju Melayu adalah sebagai tanda penghormatan kepada bulan Ramadan dan identiti Muslimnya.
Pakaian tradisional itu merupakan rekaan jenama tempatan Elrah Exclusive, yang mendapat sambutan hangat selepas perkongsian di laman sosial @Onechampionship.
Elrah Exclusive benar-benar Terpalinggg Mendonia 2025!
Pengasas Elrah Exclusive, Muhd Hilmi Che Azman atau El Azman, turut berkongsi keterujaannya apabila pakaian rekaannya dipakai di pentas global.
Dalam satu hantaran di TikTok, El Azman menegaskan bahawa baju Melayu bukan sekadar pakaian tetapi lambang warisan, maruah, dan identiti bangsa. Menurutnya, kehadiran Rodtang dengan pakaian tersebut di arena antarabangsa menjadi bukti bahawa budaya Malaysia mampu menembusi pasaran dunia.
Beliau juga menyeru agar masyarakat lebih menghargai dan mengangkat pakaian tradisional sebagai sebahagian daripada kebanggaan negara.
@elazmanTakkan Melayu hilang di dunia. Bila seorang juara dunia, @รถถัง จิตรเมืองนนท์ , mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan, dan identiti yang dijulang. Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli? Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide . Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita. good luck @rodtang_jimungnon dan @Tawanchay
♬ original sound – El Azman – El Azman
Pemilihan warna hitam untuk baju Melayu Rodtang juga membawa makna tersendiri. Warna ini melambangkan kekuatan, keberanian, dan ketegasan, menjadikannya pilihan tepat untuk seorang juara dunia.
Dari sudut psikologi dan seni reka, warna hitam sering digunakan untuk mencipta kesan dramatik dan elegan, sekaligus menyerlahkan karakter seorang atlet yang berwibawa dan berdisiplin tinggi.
Kolaborasi antara Elrah Exclusive dan Rodtang membuktikan bahawa jenama tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa, bukan sahaja dalam dunia fesyen tetapi juga dalam arena sukan global.
Netizen turut memuji tindakan Rodtang yang mengangkat pakaian tradisional Melayu di pentas dunia, menjadikannya satu fenomena besar yang mengukuhkan lagi jenama Elrah Exclusive sebagai simbol kejayaan dan kebanggaan negara.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.