
Pelakon, Qistina Raisah tampil berkongsi kisah sebenar di sebalik reaksinya yang terlalu beremosi selepas menerima sejambak bunga mawar merah daripada kekasihnya sehingga mendapat kecaman netizen di media sosial.
Qistina, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, yang dilihat menitiskan air mata ketika mendapat kejutan hari lahir itu menceritakan bahawa dia telah bertengkar dengan kekasihya selama hampir dua minggu sebelum mereka berdua sama-sama meraikan hari lahirnya itu.
“Drama baru apa pulak ni nangis-nangis? Kisahnya saya marah kat dia sangat hampir 2 minggu gaduh. Jadi dia suprise saya datang dari JB pun saya buat tak tahu je. Kata nak call kakak jap tapi pacak kamera depan muka aku.
Badmood lagi ni tapi ambik video wajib. Waduh bunga pulak tak leh cover dah nie. Saya ingat tu je dia bagi saya rupanya ada lagi. Take note ye jantan-jantan di luar sana. Bunga tak kisah walaupun sekuntum.
Lepas tengok surat ni. Saya rasa serba salah sangat. Dua minggu saya tengking dia, saya maki dia, saya ignore dia.
Kiteorang kenal kat food festival, dua-dua meniaga. Tak sangka boleh lekat dengan budak afro ni. Jadi gambar tu ada banyak sangat kenangan. Tak sangka dah nak hampir setahun dah gambar tu.”-jelas Qistina Raisah di TikTok
@qqistinaraisahSy x nangis sbb bunga mstar hm
Netizen Puji!
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terharu dan memuji sikap kekasih pelakon ini yang sentiasa berusaha dan memperbaiki hubungan biarpun mereka bertengkar untun tempoh yang lama.
“Tak semua perempuan suka bunga, tapi perempuan mana yang tak suka diberikan bunga.”
“Seriously, marah macam mana pun perempuan dekat lelaki, rasa bersalah dalam diri dia always ada untuk orang yang dia sayang, cuma tertutup dengan ego.”
“The real man, kalau dia betul sayangkan seseorang perempuan, dia takkan tinggalkan perempuan yang sedang marah padanya. Lelaki akan usaha untuk pujuk dan perbaiki hubungan.”
“Dapat bunga sekuntum pun dah happy. Tak kisahlah bunga real ke bunga plastik ke, bunga kertas ke. Perempuan suka benda-benda kecik macam ni. Benda simple tapi tak ramai boleh buat.”
Apa komen anda?
The post [VIDEO] Qistina Raisah Perjelas Isu Terlalu Emosi Terima Kejutan Hari Lahir-“Saya Rasa Bersalah Sangat..” appeared first on Murai MY.

3 months ago
129








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)
















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
