Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Datuk Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkongsi semula sebuah video di Instagram @amir_fiqri. Di dalam video tersebut menjelaskan secara terperinci mengenai perbelanjaan pejabat parlimen Muar baru-baru ini.
Walaupun beliau telah diisytiharkan bebas dari semua pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Jun 2025, ramai tertanya-tanya mengapa kawasan beliau masih belum menerima dana rasmi daripada kerajaan pusat.
Apa Yang Berlaku?
Syed Saddiq pernah berkongsi, beliau telah mengadakan rundingan sebanyak lima kali serta menghantar berulang kali surat rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, namun hingga kini tiada sebarang peruntukan disalurkan ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, walaupun telah lebih 400 hari berlalu.
Sebagai langkah alternatif, beliau mengambil pendekatan kreatif dengan menjadi model untuk beberapa jenama fesyen. Melalui usaha ini, beliau berjaya menghimpun sumbangan melebihi RM1 juta untuk membantu rakyat Muar.
Lebih menyentuh hati, beliau turut membantu ahli pasukannya, Abang Shah yang mengalami kerosakan kereta turut dibantu. Ini seolah menggambarkan nilai solidariti dan komitmen kepada pasukan dan rakyatnya.
Pujian Demi Pujian
Video serta laporan ini disertai dengan ruangan komen yang membanjiri dengan sokongan. Netizen memuji Syed Saddiq kerana sanggup menggunakan hasil usaha sendiri sebagai duta jenama dan kerjaya model demi bantuan rakyat tanpa mengambil sebarang bayaran untuk dirinya.
Ramai yang mengangkat keikhlasan beliau dalam memastikan hasil itu diberikan terus kepada rakyat Muar tanpa meminta duit sumbangan daripada golongan yang memerlukan.
Terdapat juga kritikan kepada kerajaan pusat yang masih belum menyalurkan dana, meskipun Syed Saddiq telah “bersih namanya” melalui keputusan mahkamah baru-baru ini (Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, penyelewengan dan pengubahan wang haram). Ia meningkatkan persoalan ramai, “Apa lagi syarat yang perlu dipenuhi sebelum peruntukan diberikan?”
Kenapa Soalan Itu Relevan?
Keadaan ini bukan sekadar soal dana, tetapi satu simbol ketidaksamarataan dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang atau golongan yang tidak memihak kepada kerajaan. Seperti yang dibangkitkan oleh beberapa laporan, walaupun konsep rundingan masih terbuka, keputusannya sehingga kini belum menyebelahi Muar.
Ini turut mengundang kritikan warga maya yang membandingkan kenyataan kerajaan bahawa ahli Parlimen kerajaan sepenggal menerima peruntukan sekitar RM4 juta, sedangkan Syed Saddiq masih mendapati jumlah itu sifar untuk kawasannya. Kenyataan ini pernah dimuat naik oleh Syed Saddiq sendiri di akaun Instagram.
Perlu Dijadikan Inspirasi!
Walaupun pernah disabitkan kesalahan dan kemudian dibebaskan, beliau tetap berdiri teguh sebagai wakil rakyat tanpa mencari jalan pintas. Ini membuktikan keteguhan integriti politik membara di dalam diri Syed Saddiq. Malah, setiap sumbangan didedahkan penggunaan dan destinasi bantuannya secara terperinci.
Perkongsian Syed Saddiq bukan sekadar menuntut keadilan peruntukan. Ia adalah satu deklarasi bahawa khidmat rakyat perlu berdasarkan kejujuran, keikhlasan, dan semangat kebersamaan. Dalam suasana politik yang sering tercemar oleh kepentingan sendiri, figurnya menjadi contoh bahawa seorang wakil rakyat boleh berkhidmat dengan penuh dedikasi tanpa mengharapkan balasan politik — walaupun sistem masih meminggirkan mereka.

3 months ago
77










![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)
















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
