Kembali dengan lebih besar dan menyerlah, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week, KLFW) sekali lagi berganding tenaga bersama Suria KLCC dan KLCC Holdings Sdn Bhd untuk menghidupkan semula pentas peragaan berhadapan Menara Berkembar PETRONAS yang ikonik bagi minggu fesyen tempatan yang penuh bertenaga.
Dari 4 hingga 10 Ogos 2025, edisi ke-13 acara fesyen tahunan yang berskala lebih besar ini pasti akan meningkatkan keterujaan dan gaya yang lebih mempersonakan dengan memaparkan bilangan tertinggi barisan penyertaan setakat ini. Melibatkan lebih 55 pereka dan jenama, KLFW2025 bakal mempersembahkan penampilan semula pereka fesyen veteran terkenal, pereka muda berbakat dan nama fesyen kegemaran ramai.

Dengan ruang ketibaan khusus yang lebih segar, ruang peragaan KLFW2025 meliputi hampir keseluruhan Esplanade, Taman KLCC. Dewan persembahan utama, pentas peragaan dan pelbagai ruang aktiviti pengaktifan turut memenuhi struktur monokrom setingkat serba moden dan anggun yang tersedia.
Selain 500 tetamu yang dijangka menghadiri setiap persembahan fesyen yang diadakan, peminat fesyen tanah air sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan hasil sentuhan bakat-bakat dunia fesyen menerusi penstriman langsung yang disiarkan secara eksklusif pada panel LED layar besar yang terdapat di bahagian luar dewan.

Bersedia untuk memberikan tanggapan pertama yang berani dalam penampilan sulung mereka di KLFW 2025 adalah bintang-bintang baharu seperti Akmal Hakim, ShazNash, Ugly Pretty, HUNTILANAK dan MOKJY. Mereka akan menyertai barisan peserta setia KLFW seperti Outdwell dan Doubleback.
Turut membuat penampilan yang sangat dinantikan ramai ialah pereka terkemuka, Radzuan Radziwill dan artisan bespoke, Teh Firdaus, masing-masing dikenali dengan rekaan couture ikonik untuk barisan artis-artis A-lister dan kerabat diraja.

Landasan KLFW2025 akan turut memperlihatkan kehadiran pereka muda Raja Irfan, Mei Mei, dan Salahuddinhilmi dalam segmen “Rekaan Demi Kelestarian” (Design to Sustain) susulan kemenangan hebat mereka pada pertandingan Pencarian Pereka KLFW 2024 (KLFW Designer Search 2024).
Pastikan anda sentiasa mendapat berita-berita terkini Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 dengan melayari laman web rasmi http://klfashionweek.website/ atau mengikuti media sosial kami @KLFashionWeek di Facebook dan Instagram.

3 months ago
60
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
