“Kau balik rumah, kau berdiri depan cermin. Kau cermin lah diri kau tu.”
Tiada siapa yang mahu diherdik dan diperlekeh, tetapi itulah yang dihadapi oleh Shiha Zikir apabila dia telah diperlekehkan oleh seorang artis lelaki sehingga membuatkan dirinya diserang panik dan kehilangan keyakinan diri.
Shiha atau nama penuhnya, Nurshiha Mohd Zikir, mendedahkan bahawa insiden itu berlaku ketika dia baru memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Kongsinya lagi, kata-kata yang dilemparkan oleh artis lelaki itu telah mengguris hatinya memandangkan individu tersebut merupakan seseorang yang dikaguminya.
“Ada seorang artis telefon saya. Katanya saya tak layak berada dalam industri. Saya terus panik dan sangat terkesan. Saya memang kagum dan menginspirasikannya. Saya terkejut dia buat macam itu.”
Kongsinya lagi ketika menjadi tetamu dalam rancangan ‘Confession Bilik Gelap’, Shiha kini menjadi lebih berhati-hati dan selektif selepas insiden tersebut. Jelasnya lagi, insiden itu juga membuatkan dia lebih berjaga-jaga memilih rakan artis sebagai sahabat memandangkan dia telah dikhianati beberapa kali sebelum ini.
“Saya tak ramai kawan artis sebab pernah alami situasi depan lain, belakang lain. Depan sangat baik, belakang hentam. Pernah juga suatu ketika, saya duduk semeja dengan seorang artis, dia bangun dan cakap dia menyampah dengan budak baharu. Saya diam saja, tapi lepas beberapa tahun dia pula cari saya tanya pasal tawaran kerja.”
Kongsian Shiha di ‘Confession Bilik Gelap’ telah membuatkan ramai yang memuji sikap penyanyi itu yang bersikap profesional dan tidak cuba untuk ‘membalas dendam’ terhadap layanan artis lain.

Bagi Murai, sikap Shiha sememangnya patut dipuji. Untuk elakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku atau berpanjangan, lebih baik kita elakkan dan jauhkan diri. Apa kata kamu?

3 months ago
52








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)
















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
