Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Lawanya Bila Nampak Aaisyah Bertudung Macam Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 655 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan sebanyak 100 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam Aaisyah memakai pelindung kulit sebelum ke sekolah.
@rozitachewan1Pagi pagi dah bagi soqa mak dia sampai ke qumah jiran … Zaman2 kita dulu tk penah kenai pun sun sun screan ni semua .. dok pakai bedak sejuk ja🤪🤪🤪 . #aaisyahdhiarana #wawasunscreen #kids #fyp
♬ Raya Pum Pang – Fazura & Syasya Rizal
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pertama kali melihat Aaisyah memakai tudung sekolah dan ianya tampak sangat cantik begitu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.